Penerapan Nilai Murni Menerusi Antologi Puisi Tanah Airku dalam Kalangan Peserta Program Latihan Khidmat Negara di Malaysia

Mohd Haidi Mohd Kasran

Abstract


RESUME: Kajian ini merupakan penelitian dan apresiasi terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam Antologi Puisi Tanah Airku, satu program penghayatan sastera dan budaya bagi PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) di Malaysia. Puisi yang dihasilkan oleh penyair-penyair Tanah Air akan dianalisis sebagai salah satu kurikulum kepada proses pembentukan nilai dalam diri dan jiwa para pelatih PLKN, yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, dan agama. Kajian ini hanya merujuk kepada penghasilan karya puisi moden (sajak) yang terkandung dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Kajian ini menganalisis beberapa sajak yang lebih dominan, dengan nilai-nilai sejagat yang dipilih menjadi fokus analisis dalam kajian. Kajian ini juga merupakan suatu penyelidikan yang menggunakan kaedah kualitatif, dengan menganalisis karya-karya sajak yang diterapkan berdasarkan kepada penggunaan konsep nilai yang diteliti dengan Teknik Bacaan Rapi. Setiap sajak yang dibaca akan dianalisis isi kandungannya, dengan berlandaskan konsep nilai yang dilihat daripada perspektif Islam, Melayu, dan Barat, dengan mengambil lima elemen nilai sejagat, iaitu: patriotisme, perpaduan, kekeluargaan, kerjasama, dan nilai luhur. Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur penerapan nilai murni sejagat di dalam sajak-sajak pilihan.

KATA KUNCI: Apresiasi puisi, nilai-nilai murni, Antologi Puisi Tanah Airku, teknik bacaan rapi, Islam, Melayu, dan Barat, serta elemen nilai sejagat.

ABSTRACT: Application of Values through ‘Poetry Anthology on My Motherland’ for the Participants of National Service Training Program in Malaysia”. This study is carried out to analyse the values enclosed in Antologi Puisi Tanah Airku” (Poetry Anthology on My Motherland), a literature and culture appreciation for the National Service Training Programme in Malaysia. The poems in “Poetry Anthology on My Motherland” which are composed by the local poets will be examined as an avenue to infuse excellent intrinsic worth into National Service Trainers, who come from various race, culture, and religion. This study refers only to the production of modern poetry contained in the “Poetry Anthology on My Motherland”. This study analyzes some of the more dominant poems, with universal values selected to be the focus of analysis in the study. This study is a qualitative research method to analyze the works of poetry that are applied based on the concept of the assessed value of Close Reading Technique. Each poem is read and then analyzed the content based on the concept of perceived value from the perspective of Islam, Malays, and the West, by taking the five universal elements, namely: patriotism, unity, family, co-operation, and the sublime. The findings of the analysis showed that there are elements of universal moral values in the selected poems.

KEY WORD: Poems’ appreciation, good values, Poetry Anthology on My Motherland, close reading technique, Islam, Malays and Western, and universal moral values.

About the Author: Dr. Mohd Haidi Mohd Kasran ialah Pensyarah Kanan di IPG (Institut Pendidikan Guru) Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Penulis boleh dihubungi secara terus via emel di: ihaidi_ipr@yahoo.com

How to cite this article? Kasran, Mohd Haidi Mohd. (2015). “Penerapan Nilai Murni Menerusi Antologi Puisi Tanah Airku dalam Kalangan Peserta Program Latihan Khidmat Negara di Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.8(1) Mei, pp.21-28. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNHAS Makassar, and UNIPA Surabaya, ISSN 1979-0112.

Chronicle of the article: Accepted (February 3, 2014); Revised (June 25, 2014); and Published (May 30, 2015).


Full Text:

PDF

References


Ali, A. Wahab. (2005). ”Tanah Airku” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Ali Embi, Muhamad. (2009). Patriotisme dan Kepercayaan Rakyat di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ashikin, Roslani. (2005). ”Masa” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Faghirzadeh, Saleh. (2008). Sosiologi. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn Bhd.

Haji Musa, Hashim. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran ke-21. Serdang: Penerbit UPM [Universiti Putra Malaysia].

http://www.khidmatnegara.gov.my/ [diakses di Besut, Malaysia: 5 Januari 2015].

Jamdin, B. (2005). ”31 Ogos dalam Cinta” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Langgulung, Hassan. (1990). Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu. Bangi: Penerbitan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Merriam, S.B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementations. San Francisco: Jossey Bass.

Muhammad, Jaafar. (2007). Kelakuan Organisasi. Petaling Jaya: Leeds Publications (M) Sdn Bhd.

Sabirin, Anis. (2005). “Lagu Cinta Tanah Air” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Safiah Karim, Nik. (1985). “Ke Arah Mencari Nilai Bersama Masyarakat Malaysia: Asas-asas Nilai Sosial Melayu”. Kertas Kerja dalam Seminar Ijazah Tinggi. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu UM [Universiti Malaya].

Said, A. Samad. (2005). ”Hidup Bersama” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Shaari, Rahman. (1997). Penilaian dan Penghayatan Sastera. Selangor: Marwilis Publisher.

Shaari, Rahman. (2005). ”Kita Katakan Tidak” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Sipon, Sapora. (2004). ”Keperluan PKN dalam Pembinaan Bangsa Malaysia” dalam akhbar Utusan Malaysia, ms.19-20.

Tuah, Adi Badiozaman. (2005). ”Pulang” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Wan Teh, Wan Hashim. (1998). Pengenalan Nilai dan Budaya Masyarakat Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yaacob, Hashim. (2005). ”Anakku, Kita Mesti Cepat Pulang” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Yassin, Mahaya Mohd. (2005). ”Harapan” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].

Yassin, Mahaya Mohd. (2005). ”Seruan” dalam Antologi Puisi Tanah Airku. Tersedia online juga di: http://www.khidmatnegara.gov.my/peserta/modul [diakses di Besut, Malaysia: 2 Januari 2015].




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.