Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21: Isu dan Cabaran di Brunei Darussalam

Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah

Abstract


RESUME: Perubahan dasar pendidikan sesebuah negara dilakukan adalah bagi meningkatkan kebolehan dan kemahiran sumber tenaga manusia serta perkembangan dan kemajuan negara berkenaan. Sistem Pendidikan Bersepadu di Negara Brunei Darussalam, yang ingin menggabungkan mata pelajaran umum (sekular) dengan agama, yang diolah dalam satu jadual waktu persekolahan, adalah gagal disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, wujud satu pemikiran untuk merancang dan memberikan sistem pendidikan yang lebih baik sesuai dengan keperluan semasa. Makalah ini akan membincangkan SPN21 (Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21) di Brunei Darussalam dengan penumpuan kepada falsafah negara MIB (Melayu Islam Beraja). Perkara yang akan disentuh adalah mengenai tujuan dan matlamat SPN21 dengan kerangka kurikulumnya, kedudukan Melayu Islam Beraja, serta isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh SPN21. Di akhir perbincangan akan dapat diketahui tujuan dan matlamat SPN21, iaitu bagi menyediakan pendidikan berkualiti dan serba lengkap bagi mencapai pontensi yang penuh bagi semua rakyat Brunei Darussalam. Mata pelajaran Melayu Islam Beraja telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras, bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Pengetahuan Ugama Islam, Matematik, dan Sains. Antara isu dan cabaran yang dihadapi adalah dari segi memperkukuhkan falsafah negara Melayu Islam Beraja itu sendiri, khususnya penggunaan Bahasa Melayu, dan kekurangan guru-guru serta buku-buku mengenai falsafah negara tersebut.

KATA KUNCI: Sistem pendidikan negara, Brunei Darussalam, Melayu Islam Beraja, identiti bangsa, abad ke-21, serta isu dan cabaran semasa.

ABSTRACT: This paper entitled “National Education System for the 21st Century: Issues and Challenges in Brunei Darussalam”. Changes in a country's education policies do are to enhance the capability and skills of human resources and the development and progress of the country. Integrated Education System in Brunei Darussalam, that wants to combine the general subjects (secular) and (Islamic) religion is treated in a school timetable, are failing due to many factors. Therefore, there is a thought to plan and provide a better education system based on the needs currently. This article discusses the SPN21 (National Education System for the 21st Century) in Brunei Darussalam with a focus on the philosophy of MIB (Malay Islamic Monarchy). Things that will be covered are the purpose and goals of SPN21 curriculum framework, the Malay Islamic Monarchy, and the issues and challenges faced by SPN21. At the end of the discussion will be discovered the SPN21 aims and objectives, namely to provide quality of education and a well-equipped to meet the full revenue potential of all the people of Brunei Darussalam. The subject of the Malay Islamic Monarchy is used as the core subjects, along with Malay language, Islamic Religious Knowledge, Mathematics, and Science. Among the issues and challenges are in terms of strengthening the national philosophy of Malay Islamic Monarchy itself, in particular the use of the Malay language, and the shortage of teachers as well as books on the philosophy of the country.

KEY WORD: The education system of the country, Brunei Darussalam, Malay Islamic Monarchy, national identity, the 21st century, and current issues and challenges.

About the Author: Prof Madya Ampuan Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, Gadong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, penulis dapat dihubungi dengan lamat emel: ampuanb@yahoo.com

How to cite this article? Haji Tengah, Ampuan Haji Brahim bin Ampuan. (2013). “Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21: Isu dan Cabaran di Brunei Darussalam” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.6, No.2 [November], pp.197-208. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 22, 2013); Revised (October 28, 2013); and Published (November 20, 2013).


Full Text:

PDF

References


“Adakah SPN21 Mendukung Visi dan Misi JPI?” dalam http://pbnuziad.wordpress.com/category/spn21/, mukasurat 1 [diakses di Bandar Seri Begawan: 3 Januari 2011].

Asbol bin Haji Mail, Haji Awg. (2006). Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei, 1950 — 1985. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awg Mohd Jamil al-Sufri, Pehin Haji. (1992). Liku-liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah Bunei.

Awang Mohd Jamil al-Sufri, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji. (1996). Perlaksanaan Dasar Negara Melayu Islam Beraja. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd Jamil al-Sufri, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji. (2008). Melayu Islam Beraja: Hakikat dan Hasrat. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Awang Mohd Jamil al-Sufri, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji. (2009). Satu Pemikiran Mengenai Corak Pendidikan untuk Brunei Darussalam Berasaskan Islam: Melalui Pengalaman dan Sejarah. Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: Pusat Sejarah Brunei.

Awg Yahya bin Haji Ibrahim, Pehin Ustaz Haji. (2000). Sejarah dan Peranan Institusi-institusi Melayu Islam Beraja. Bandar Seri Begawan: Pusat Da’wah Islamiah.

Duraman Tuah, Haji. (2001). Membangun Negara Berdasarkan Falsafah Melayu Islam Beraja: Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: Institut Perkhidmatan Awan.

Hadi Abdullah, Muhammad. (1992). “Semangat Kebangsaan: Kesedaran Awal” dalam Jurnal Darussalam, Bil.1.

Haji Abdul Hamid, Haji Hashim. (1993). Junjung Tinggi. Bandar Seri Begawan: Tanpa Penerbit.

Haji Abdul Hamid, Haji Hashim. (1999). Cerocok Budaya Brunei. Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: Akademi Pengajian Brunei UBD [Universiti Brunei Darussalam].

Haji Abdul Hamid, Haji Hashim. (2003). Islam di Brunei Darussalam: Satu Analisis Sosio-Budaya. Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: Jabatan Kesusasteraan Melayu UBD [Universiti Brunei Darussalam].

Haji Abdul Hamid, Haji Hashim. (2005). Tamadun Brunei: Suatu Dinamika Budaya dan Ketuanan Melayu. Bandar Seri Begawan: Tanpa Penerbit.

Haji Ahmad, Zaini. (1989). Pertumbuhan Nasionalisme di Brunei (1939-1962.) Kuala Lumpur: ZR Publications.

Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz. (2000). Sejarah dan Peranan Institusi-institusi Melayu Islam Beraja (MIB). Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam: Pusat Da’waj Islamiah.

Haji Ibrahim, Haji Abd Latif. (2003). Melayu Islam Beraja: Pengantar Huraian. Brunei: Akademi Pengajian Brunei UBD [Universiti Brunei Darussalam].

Haji Jibah, Matassim. (1983). “Perkembangan Persekolahan Melayu di Brunei dalam Pentabiran Sistem Residen, 1906-1959” dalam The Brunei Museum Journal, Vol.5, No.3.

Haji Md Zain bin Haji Serudin, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz. (1998). Melayu Islam Beraja: Suatu Pendekatan. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

JPK [Jabatan Perkembangan Kurikulum]. (2009). Kerangka dan Panduan bagi Kurikulum dan Penilaian Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21. Bandar Seri Begawan: Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

MoE [Ministry of Education] Brunei Darussalam. (2012). Strategic Plan, 2012-2017, Ministry of Education Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Strategic Management Unit, Department of Planning, Development, and Research MoE Brunei Darussalam.

“Resolusi Seminar Negara Zikir” dalam Majlis Ilmu. Bandar Seri Begawan: Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, 2008.

“Sistem Pelajaran Kita Harus Segara Dirubah” dalam Majalah Suara Guru, Keluaran ke-3. Brunei: Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei, Februari 1962.

“Titah daripada KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa Pengistiharaan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, pada 1hb Januari 1984”.

“Titah daripada KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa sempena ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-19, pada 23 Februari 2003”.

“Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dalam titahnya di Sambutan Hari Guru Tahun 2008”.

“Titah KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Paduka Seri Baginda Sultan di Mesyuarat Khas Bencana Kebangsaan pada 20 Rejab 1430 Hijriyah, bersamaan dengan 13 Julai 2009 Masehi” dalam Kumpulan Titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sepanjang 2009. Bandar Seri Begawan: Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

“Titah Perutusan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha” yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei pada 9 Zulhijjah 1428 Hijriyah, bersamaan dengan 19 Disember 2007 Masehi.

“Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa Majlis Muzakarah Bersama Pengetua-pengetua Institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Ketua-ketua Bahagian Jabatan Pendidikan Teknik yang berlangsung di Pusat SMEO VOCTECH, Gadong, pada 30 September 2011”.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.