Pemilikan Rumah dalam Kalangan Masyarakat Bandar Berpendapatan Sederhana dan Rendah di Malaysia

Nor Malina Malek, Azrina Husin

Abstract


IKHTISAR: Objektif penulisan ini adalah untuk meninjau semula isu perumahan dalam kalangan masyarakat bandar di Malaysia, khususnya dari segi kemampuan memiliki rumah sendiri. Di samping itu, isu-isu lain berkaitan perumahan bandar seperti masalah pemilikan rumah, faktor pemilikan rumah, persepsi terhadap rumah yang dimiliki, dan sebagainya turut dibincangkan. Satu kajian berasaskan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah dijalankan bagi tujuan tersebut di beberapa bandar terpilih di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor. Seramai 400 orang responden dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana terlibat dalam tinjauan ini. Penemuan kajian menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilikan rumah di kawasan bandar ialah mempunyai sumber pendapatan tetap serta ketersediaan kemudahan pembiayaan, khususnya dalam bentuk pinjaman sama ada oleh kerajaan mahupun institusi kewangan swasta. Harga rumah yang terus meningkat menyebabkan usaha memiliki rumah sendiri dalam kalangan masyarakat bandar berkenaan menjadi semakin sukar. Hal ini disebabkan harga rumah masih merupakan antara faktor utama yang diambilkira oleh responden semasa hendak membeli rumah.

KATA KUNCI: Rumah, pemilikan rumah, kemampuan memiliki rumah, perumahan bandar, dan pembangunan di Malaysia.

ABSTRACT: The objective of this paper is to review the issue of housing among urban dwellers in Malaysia with special reference towards affordability to home ownership. In addition, other issues with regards to urban housing such as problems related to home ownership, factors contributing to home ownership, owners’ perceptions on the houses that they own, and others are also touched in this paper. For these purposes, a survey using a standard questionnaire was conducted in selected towns in the states of Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, and Johor. A total of 400 respondents from the middle and lower income bracket groups took part in the study. Findings show that two main factors contributed to home ownership in the urban areas and these are having a stable source of income and the availability of financing facility, especially in the form of loans whether from the government or private financial institutions. As the price of property keeps increasing, efforts made to own a house by these urban dwellers become more difficult. This is largely due to the fact that the price of a house is still one of the main factors that respondents take into consideration when making the decision to buy a house.

KEY WORD: Housing, home ownership, affordability to home ownership, urban housing, and development in Malaysia.

About the Authors: Dr. Nor Malina Malek dan Dr. Azrina Husin ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Para penulis boleh dihubungi melalui emel: malina@usm.my dan azrina@usm.my

How to cite this article? Malek, Nor Malina & Azrina Husin. (2012). “Pemilikan Rumah dalam Kalangan Masyarakat Bandar Berpendapatan Sederhana dan Rendah di Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.2 [November], pp.269-284. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 3, 2012); Revised (October 6, 2012); and Published (November 20, 2012).


Full Text:

PDF

References


Aini Haji Idris, Nor & Chamhuri Siwar [eds]. (2003). Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia. Selangor: Penerbit UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Akhbar Berita Harian. Kuala Lumpur, Malaysia: 19 April 2004.

Akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: 19 Ogos 2009.

Berita “Kekecohan Pembelian PPR” dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: 16 November 2009.

Berita “Pasaran Hartanah Dijangka Meningkat Positif“ dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: 1 Disember 2009.

Berita “Program Perumahan Mampu Milik Diperluas” dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: 30 Mei 2011.

Berita “SPNB Kini dalam Dilema” dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: 23 November 2009.

Berita “Urbanisasi Terus Meningkat” dalam akhbar Berita Harian. Kuala Lumpur, Malaysia: 10 November 2009.

Mahamud, Rosadah & Khadijah Hussein. (2002). “Kajian ke Atas Keupayaan Membeli Rumah bagi Golongan Sederhana di Kawasan Johor Bahru”. Laporan Projek Tidak Diterbitkan. Sekudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Malina Malek, Nor & Tiun Ling Ta. (2004). “Rethinking Property Management in Malaysia: The Need for Practical Guidelines in the Management of High-Rise Residential Complexes” dalam Proceedings of the International Real Estate Research Symposium (IRERS). Selangor: Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Malina Malek, Nor & Tiun Ling Ta. (2006). “The Question of Professionalism in the Management of High-Rise Residential Buildings” dalam Proceedings of the International Real Estate Research Symposium (IRERS). Selangor: Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Md Sani @ Abd Rahim, Norazmawati. (2007). “Kemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah di Kuala Lumpur”. Tesis Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Razali Agus, Mohd. (2001). Perumahan Awam di Malaysia: Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Sirat, Morshidi et al. (1999). Low-Cost Housing in Urban-Industrial Centres of Malaysia: Issues and Challenges. Pulau Pinang: Penerbit USM (Universiti Sains Malaysia).

Sobian, Azrina. (2004). “Masalah Pemilikan Rumah dan Kesannya kepada Kesejahteraan Masyarakat”. Tersedia juga dalam http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=581&cmd=resetall [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 4 Februari 2010].

Tan, Teck-Hong. (2008). “Determinants of Homeownership in Malaysia” dalam Habitat International, 32, ms.318-335.

UPE [Unit Perancang Ekonomi]. (2009). “Jadual 1 — Peratus Taburan Isi Rumah Mengikut Kelas Pendapatan, Malaysia 1970 — 2009: Perangkaan Pendapatan & Kemiskinan Isi Rumah”. Tersedia juga dalam http://www.epu.gov.my/household-income-poverty [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 20 Julai 2011].

Whitehead, Christine M.E. (1991) “From Need to Affordability: An Analysis of UK Housing Objectives” dalam Urban Studies, 28, ms.871.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.