Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris @ Harith

Abstract


IKHTISAR: Dalam kurikulum pendidikan guru, tamadun Islam diajar kepada guru pelatih dengan mendedahkan beberapa tajuk penting seperti konsep, ciri, dasar, prinsip, matlamat, sumber, dan keistimewaan tamadun Islam. Ini bertujuan untuk mengembangkan ilmu ketamadunan demi memajukan ilmu pengetahuan seluruhnya dengan menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran berfikir. Begitu juga untuk membekalkan bakal pendidik dengan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka memahami serta menghadapi pergolakan dunia dan cabaran sesama. Seterusnya untuk melahirkan bangsa yang bertamadun tinggi dan sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan yang luhur dan murni. Justeru itu, pembangunan modal insan, melalui tamadun Islam dalam pendidikan guru, dapat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam konteks pembangunan modal insan nasional dan sejagat. Unsur kerohanian merupakan asas pembangunan modal insan yang wajar diberi keutamaan dalam kehidupan manusia. Pembangunan modal insan juga berteraskan nilai akhlak yang mana seorang manusia mesti memiliki hubungan yang baik dengan Pencipta-Nya, sesama manusia, dan alam sekitar yang merupakan matlamat dalam tamadun Islam.

KATA KUNCI : Tamadun Islam, Institut Pendidikan Guru Malaysia, pembangunan modal insan, dan negara-bangsa Malaysia.

ABSTRACT: In the teacher education curriculum, Islamic civilization subject is taught to trainee teachers by exposing a number of important topics about Islamic civilization pertaining to its concept, feature, policy, principle, objective, resource, and specialty. This aims to expand the knowledge of civilization in developing knowledge entirely by combining the use of information technology and application of thinking skills. Likewise, it intends to supply trainee teachers with knowledge and personal resilience that enable them to understand and face world instability and current challenges. It also hopes to produce highly civilized nation who is willing to espouse the good values of civilization. Hence, the development of human capital, through Islamic civilization subject in the teacher education, can realize the aspiration of the Ministry of Education Malaysia in national and global context. Spiritual elements as the foundational base of human capital development ought to be prioritized in life. Development of human capital is also based on moral value which outlines that one must possess good relationship with his/her Creator, among people, and with environment which also the objective of Islamic civilization.

KEY WORD: Islamic civilization, Institute of Teacher Education Malaysia, development of human capital, and nation-state of Malaysia.

About the Authors: Mustapha Kamal Ahmad Kassim dan Zahiah Haris @ Harith ialah Pelajar di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: musza1968@yahoo.com.my dan zahiah1970@yahoo.com.my

How to cite this article? Kassim, Mustapha Kamal Ahmad & Zahiah Haris @ Harith. (2012). “Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.2 [November], pp.165-174. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 15, 2012); Revised (October 17, 2012); and Published (November 20, 2012).


Full Text:

PDF

References


Beg, M.A.J. (1980). The Image of Islamic Civilization. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

BPG KPM [Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2003). Sukatan Pelajaran Tamadun Islam: Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

el-Muhammady, Muhammad Uthman. (1984). Akhlak dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Iskandar, Teuku. (2007). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan kedua.

JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]. (2010). Al-Quran al-Karim. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit JAKIM.

Khaldun, Ibn. (2006). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan.

Mohammad al-Toumy, Al-Syaibani Omar. (1979). Falsafah Pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang, terjemahan Hassan Langgulung.

Mohd Nor, Mohd Roslan & Ahmad Zaki Berahim [eds]. (2010). Pembangunan Modal Insan & Tamadun dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam APIUM.

Mustafa, Ibrahim et al. (1990). Al-Mu’jam al-Wasit. Cairo: Majma’ al-Lughah al-‘Arabiyyah, Dar al-Da’wah.

Rahim, Abdul et al. (1995). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shuhairimi et al. (2010). “Melestari Pembangunan Manusia ke Arah Penjanaan Modal Insan: Satu Tinjauan Umum Menurut Perspektif Al-Quran” dalam Mohd Roslan Mohd Nor & Ahmad Zaki Berahim [eds]. Pembangunan Modal Insan & Tamadun dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam APIUM.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.