Find and follow posts tagged pricealerts.

Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina

Siti Hajar Che Man, Ratna Roshida Abd Razak

Abstract


ABSTRAK: Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh setiap pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kursus ini, antara lain, bertujuan untuk mempelajari dan memahami bagaimana tamadun-tamadun besar dunia terbina. Hal ini penting agar tamadun Malaysia yang bakal dibina oleh rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dapat menggambil kira resipi yang ada dalam setiap tamadun besar yang dimiliki mereka, seperti tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India, dan tamadun Cina. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada tamadun Cina. Sebagai salah sebuah tamadun awal dunia, tamadun Cina telah memperlihatkan perkembangan dalam tiga aspek penting ketamadunannya, iaitu corak pemikiran, perkembangan sains dan teknologi, juga sosio-budaya khususnya mencakupi bidang kesusasteraan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini cuba melihat sejauh manakah pengisian, pengaruh, dan kerelevanan tamadun Cina dalam genre sastera dapat dimanfaatkan dalam usaha menjana pembinaan tamadun Malaysia. Pada masa yang sama, gabungan dua tamadun ini akan mengukuhkan lagi jalinan hubungan antara Cina dan Malaysia.

Kata-kata kunci: Tamadun Islam dan tamadun Asia, tamadun Cina, tamadun Malaysia, kesusasteraan dan sejarah, serta pembinaan negara-bangsa.

About the Authors: Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sastera, Pusat Pengajian Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia; manakala Dr. Ratna Roshida Abd Razak ialah Pensyarah dan Pengetua Jabatan Filsafat dan Tamadun di Pusat Pengajian Kemanusiaan USM. Bagi urusan sebarang akademik, mereka dapat dihubungi dengan alamat mele: shajar@usm.my dan ratna@usm.my

How to cite this article? Che Man, Siti Hajar & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). “Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (March 7, 2012); Revised (April 9, 2012); and Published (May 20, 2012).


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghani, Abdul Mutalib [ed]. (1983). Syair Siti Zubaidah Perang China. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Yazid, Afifah. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Bentong, Malaysia: Penerbit PTS.

Ahmad Badawi, Abdullah. (2001). “Ucapan Perdana Menteri Malaysia” semasa merasmikan Seminar Dialog Peradaban: Peranan dan Kepentingan di Malaysia, anjuran Pusat Dialog Peradaban dan INMIND di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 27-28 Ogos.

Arif, Sazelin et al. [eds]. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: McGraw Hill.

Baharudin, Azizan. (2000). “Latihan Kakitangan Resource”. Kertas kerja dibentangkan dalam Bengkel Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran TITAS di UM [Universiti Malaya], Kuala Lumpur, Malaysia.

Bairun, Fawzia. (1993). Malik Bennabi: His Life and Theory of Civilization. Selangor, Malaysia: Budaya Ilmu, Terjemahan.

Bakar, Osman et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit UM [Universiti Malaya].

Chong Hoe, Lok. (1998). Tamadun Cina: Falsafah, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit USM [Universiti Sains Malaysia].

DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka]. (1987). Kumpulan Kritikan Sastera Timur dan Barat: Bengkel Latihan dan Praktik Terjemahan Teori Sastera Anjuran Persatuan Penterjemah Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Graf, Arndt. (2007). “Satu Pertemuan Melayu-Cina dalam Puisi: Muhammad Hj Salleh dan Lee Tzu Pheng”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Sastera dan Perpaduan di Universiti Malaysia Perlis.

Haji Salleh, Muhammad. (1999). Menyeberang Sejarah. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hong, Liang. (1997). Pu Songling: Pilihan Cerita Aneh dari Balai Pustaka Liao Zai Yi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Terjemahan.

Huntington, Samuel. (1993). “Clash of Civilizations” dalam Foreign Affairs, 72(3), ms.22-49.

Kay Kim, Khoo. (2005). “Asimilasi Tamadun Cina dan India dalam Konteks Pembinaan Tamadun Malaysia” dalam Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur, Malaysia: UM [Universiti Malaya].

Khalid, Esa & Mohd Azhar Abd Hamid [eds]. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China, dan Jepun. Skudai, Johor, Malaysia: Penerbit UTM [Universiti Teknologi Malaysia].

Li Ji, Liang. (2009). Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka — Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], cetakan kedua.

Mohamad, Mahathir. (1996). “Ucapan Perdana Menteri Malaysia” semasa menghadiri the 2nd Malaysia-China Forum 1996 di Beijing, China, pada 25 September.

Musa, Hashim. (2005a). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit UM [Universiti Malaya].

Musa, Hashim. (2005b). “Ke Arah Pengajaran TITAS dan Hubungan Etnik yang Holistik”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan di UiTM (Universiti Teknologi MARA), Shah Alam, Malaysia.

Naquib al-Attas, Syed. (1972). Islam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit UM [Universiti Malaya].

Rassekh, S. & G. Vaideanu. (1997). The Content of Education: A Worldview of Their Development from the Present to the Year 2000. Paris: UNESCO [United Nations for Education, Scientific, and Cultural Organization] in Teaching Inovation.

Sainuddin, Samri. (2003). TITAS: Tamadun Melayu. Tanjung Malim, Malaysia: Quantums Books.

Salleh Yaapar, Md. (2002). Ziarah ke Timur. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanusi, Abdullah. (1998). “Teks Ucapan” dalam Sempena Perasmian Bengkel Pengajaran Tamadun Islam di UM [Universiti Malaya], Kuala Lumpur, Malaysia.

Shellabear, W.G. (1967). Sejarah Melayu. Petaling Jaya, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti.

Syariefudin Abdullah, Mohd et al. [eds]. (2005). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran TITAS. Tanjung Malim, Perak, Malaysia: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris].

UM [Universiti Malaya]. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Buku Teks TITAS untuk Institut Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Unit TITAS [Tamadun Islam dan Tamadun Asia]. (2005). Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan. Shah Alam, Malaysia: Unit TITAS, Pusat Pemikiran dan Kesefahaman (CITU), dan Penerbit UiTM [Universiti Teknologi MARA].

Wehr, Hans. (1974). A Dictionary of Modern Written Arabic. Wiesbaden: Otto Harrassowitz.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.