Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam

Yahya bin Othman, Wan Mat bin Sulaiman

Abstract


ABSTRAK: Membaca, dalam konteks pendidikan, adalah faktor penentu kepada keupayaan untuk berjaya. Guru sebagai pembawa obor ilmu dan contoh ikutan sewajarnya perlu berada dalam lingkungan pembaca yang berkesan. Namun untuk meletakkan budaya membaca sebagai pembinaan karakter, guru sedikit tergugat akibat faktor peribadi dan persekitaran profesional yang semakin mencabar. Oleh itu, kajian ini meneliti keupayaan guru untuk memiliki budaya dan strategi membaca yang sesuai dengan pembentukan karakter guru sebagai penyebar ilmu. Kajian dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel terdiri dari 186 guru Sekolah Rendah dan Menengah di Brunei Darussalam. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa tahap membaca guru pada tahap tinggi dan sederhana. Sampel yang tempoh mengajar di bawah 10 tahun memiliki budaya membaca yang tinggi berbanding sampel lain. Sampel perempuan pula menunjukkan budaya membaca tinggi berbanding sampel lelaki. Min bagi tujuan membaca untuk mendapatkan maklumat adalah tinggi. Dari segi strategi membaca, sampel menggunakan strategi membaca yang pelbagai dan mereka sedar akan kepentingan strategi semasa membaca.

Kata-kata kunci: Budaya dan strategi membaca, pembinaan karakter, dan guru Sekolah Rendah dan Menengah di Brunei Darussalam.

About the Authors: Dr. Yahya bin Othman dan Dr. Wan Mat bin Sulaiman ialah Pensyarah Kumpulan Akademik Pendidikan Bahasa dan Literasi, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UBD (Universiti Brunei Darussalam), Bandar Seri Begawan, Negara Brunei. Alamat emel mereka adalah: yahya.othman@ubd.edu.bn dan wan.sulaiman@ubd.edu.bn

How to cite this article? Othman, Yahya bin & Wan Mat bin Sulaiman. (2011). “Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.2 [November], pp.301-312. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 16, 2011); Revised (October 17, 2011); and Published (November 20, 2011).


Full Text:

PDF

References


Behrman, C. (2004). “The ‘Culture of Reading’ Study: Ethnography, Service-Learning, and Undergraduate Researchers” dalam Expedition, 46(3), ms.22-29.

Block, C., M. Oakar & N. Hurt. (2002). “The Expertise of Literacy Teachers: A Continuum from Preschool to Grade 5” dalam Reading Research Quarterly, 37(2), ms.178–206.

Cox, R. & K. Schaetzel. (2007). “A Preliminary Study of Pre-Service Teachers as Readers in Singapore: Prolific, Functional, or Detached?” dalam Language Teaching Research, 11(3), ms.301–317.

Cremin et al. (2009). “Teachers as Readers: Building Communities of Readers” dalam Literacy, 43(1), ms.11-19.

Dreher, M. (2003). “Motivating Teachers to Read” dalam The Reading Teacher, 56(4), ms.338–40.

Griswold, W., T. McDonnell & N. Wright. (2005). “Reading and the Reading Class in the Twenty-First Century” dalam Annual Review of Sociology, 31, ms.127-141.

Turner, J.D., M.D. Applegate & A.J. Applegate. (2009). “Teachers as Literacy Leaders” dalam The Reading Teacher, 63(3), ms.254-256.

Pitcher, S.M. et al. (2010). “The Literacy Needs of Adolescents in Their Own Words” dalam Journal of Adolescent & Adult Literacy, 53(8), ms.636-644.

Yahya Othman & Ghazali Mustafa. (2010). “Comprehension Process in Metacognitive Perspective among University Student” dalam EDUCARE: International Journal for Educational Studies, 2(2). Bandung, Indonesia: ASPENSI, ms.171-183. Abstrak dan artikel penuh dapat dilayari di: www.educare-ijes.com




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.