make money filling out surveys

Pembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam Kalangan Suku Kaum Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia: Satu Penelitian Semula

Ismail Ali

Abstract


ABSTRAK: ”Lepa” dan ”Sambulayang” merupakan dua ikon yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia. Pada bulan April setiap tahun, para penduduk — termasuk pelancong dari dalam dan luar negara — berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan kebudayaan suku kaum Bajau tersebut yang diterjemahkan melalui ”Regatta Lepa” yang juga dikenali sebagai ”Pesta Sambulayang” dan disinonimkan dengan kebudayaan kaum Bajau Laut. Walau bagaimanapun, tanggapan dan tafsiran tersebut nampaknya kurang disenangi oleh sesetengah suku kaum Bajau lain (Bajau Darat) yang mendakwa bahawa budaya ”Lepa” dan ”Sambulayang” sebenarnya bukannya warisan Bajau Laut tetapi milik kaum Bajau Darat (Bajau Kubang). Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menilai sejauhmana benarnya budaya “Lepa” dan “Sambulayang” adalah warisan kaum Bajau Laut atau sebaliknya, iaitu suku kaum Bajau lain di Semporna seperti Bajau Kubang, Bajau Ubian, Bajau Sengkuang, Bajau Sampulna, dan Bajau Simunul. Persoalan kedua ialah apakah budaya “Sambulayang” adalah warisan Kesultanan Sulu; dan persoalan ketiga ialah mengapakah berlakunya kesilapan oleh para pengkaji dan masyarakat umum dalam membuat tafsiran terhadap “Lepa” seperti yang diungkapkan dalam peribahasa Melayu yang berbunyi “sapi punya susu, lembu dapat nama”. Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan sekaligus memperbetulkan semula pemahaman dan tanggapan masyarakat terhadap “Lepa” dan “Sambulayang” di Sabah.

Kata-kata kunci: Proses pembudayaan, Lepa dan Sambulayang, suku kaum Bajau, kesilapan para pengkaji, dan penelitian semula.

About the Author: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan dan Ketua Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan Beg Berkunci No.2071, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: ismailrc@ums.edu.my

How to cite this article? Ali, Ismail. (2010). “Pembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam Kalangan Suku Kaum Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia: Satu Penelitian Semula” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.2 [November], pp.193-208. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 3, 2010); Revised (October 7, 2010); and Published (November 20, 2010).


Full Text:

PDF

References


Dalrymple, Alexander. (1808). Oriental Repertory. London: n.p.

Forrest, Thomas. (1792). A Voyage from Calcutta to the Mergui Archipelago Lying on the East Side of the Bay of Bengal. London: G. Scott.

Gunsi Saat. (2008). Suku Etnik Bajau: Urbanisasi, Perubahan, dan Pembangunan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://pkkmsabah.blogspot.com/2010/01/lepa-motif-struktur-dan-ragam-bentuk_15.html [diakses di Kota Kinabalu, Sabah: 9 Oktober 2009].

http://www.royalpanji.net/sulu_sultanate_flags_-_4.html [diakses di Kota Kinabalu, Sabah: 9 Oktober 2009].

Lawrence, Kintau. (2010). “Lepa, Motif, Struktur dan Ragam Bentuk”. Wujud dalam talian http://pkkmsabah.blogspot.com/2010/01/lepa-motif-struktur-dan-ragam-bentuk_15.html [diakses di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia: 9/10/2010].

Sather, Clifford. (1997). The Bajau Laut: Adaptation, History and Fate in a Maritime Fishing Society of South Eastern Sabah. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Sopher, D.E. (1965). The Sea Nomads: A Study of the Maritime Boats People of Southeast Asia. Singapore: National Muzeum Singapore.

Tembual bersama Haji Bokara Maharaja Onong, mengenai sejarah dan asal-usul lepa dan sambulayang, di Semporna, Sabah, Malaysia, bertarikh 14 Mac 2009.

Temubual bersama Haji Musari Eddeh, mengenai pembuatan lepa dan sambulayang, di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum, Sabah, Malaysia, bertarikh 14 Mac 2009.

Temubual bersama Imam Malang Imam Jamlang, mengenai susur-galur suku kaum Bajau di Sabah, di Pulau Omadal, Sabah, Malaysia, bertarikh 15 Mac 2009.

Temubual bersama Haji Bokara, mengenai susur-galur suku kaum Bajau di Sabah, di Pulau Bum-Bum, Sabah, Malaysia, bertarikh 14 Mac 2009.

Warren, Carol. (1983). Ideology, Identity, and Change: The Experience of the Bajau Laut of East Malaysia, 1969-1975. Townsville, Queensland: James Cook University of North Queensland, Southeast Asian Monograph Series 14.

Warren, Francis James. (1972). “The North Borneo Chartered Company’s Administration of the Bajau, 1878-1909” dalam Sabah Society Journal, Vol.5.

Warren, Francis James. (1981). The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamic of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of A Southeast Asian Maritime State. Singapore: Singapore University Press.

Warren, James Francis. (2000). The Global Economy and the Sulu Zone: Connections, Commodities, and Culture. Quezon City: New Day Publishers.

Warren, James Francis. (2002). Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding, and the Birth of Ethnicity. Quezon City: New Day Publishers.

Yap Beng Liang. (1993). Orang Bajau Pulau Omadal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.