Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Chew Fong Peng

Abstract


ABSTRAK: Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Kajian ini membataskan perbincangan kepada 16 nilai murni yang terkandung dalam tiga buah skrip drama dalam antologi ”Anak Laut” Tingkatan IV, iaitu “Serunai Malam” karya Usman Awang; “Titik-titik Perjuangan” drama Kala Dewata; dan “Seri Nara” hasil Shaharom Husain mempunyai tema yang sama, yakni semangat patriotisme dan cinta akan tanah air dan bangsa di jiwa rakyat. Kaji selidik dijalankan terhadap 60 orang pelajar aliran sains Tingkatan IV yang seimbang dari segi etnik, jantina dan SES (Status Ekonomi dan Sosial). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki Melayu dari kelas atasan memperoleh nilai min yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan bukan Melayu dari kelas menengah atau bawahan. Antara ketiga-tiga faktor tersebut, SES paling kuat mempengaruhi sikap pelajar terhadap nilai murni dalam drama-drama kajian. Oleh itu, nilai murni dalam sastera harus digunapakai secara meluas dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk perasaan toleransi di samping mendekatkan nilai-nilai tersebut dalam kelompok etnik yang berbeza.

Kata-kata kunci: nilai-nilai murni, KOMSAS, Bahasa Melayu, perpaduan, berbilang kaum, dan negara Malaysia.

About the Author: Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah pada Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi keperluan sebarang urusan akademik, alamat emel beliau adalah: fpchew@um.edu.my

How to cite this article? Peng, Chew Fong. (2010). “Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.1 [Mei], pp.123-142. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (February 17, 2010); Revised (March 22, 2010); and Published (May 20, 2010).


Full Text:

PDF

References


Abdul Razak Habib. (1993). “Tinjauan Awal tentang Keberkesanan Pendidikan Matematik KBSM” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Adnan Nan Kamis. (1992). “Satu Kajian Latar Belakang Sosial dan Hubungannya kepada Sikap Prasangka atau Toleransi terhadap Integrasi Nasional”. Tesis Dr. Falsafah Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Nan Kamis. (1993). “Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan Seimbang” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Adnan Kamis & Chew Fong Peng. (2002). “Kemampuan Bahasa Melayu dan Sastera Kebangsaan dalam Mengisi Perpaduan Nasional”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Kebangsaan Melayu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada 18-19 Jun.

Ahmad Jaffni Hassan. (1993). “Pendidikan Moral dalam KBSM: Satu Arah Memupuk Insan Harmonis” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Chew Fong Peng. (2005). Sastera Perpaduan di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Halimah Harun. (1993). “Melahirkan Masyarakat Berdikari Melalui Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003a). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003b). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Martin, J.G. (1966). The Tolerant Personality. Detroit, USA: Detroit Dyne State University Press.

Mohammad Sani Ibrahim. (1999). “Perancangan dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru Sekolah Bestari” dalam Prosiding Isu-isu Pendidikan Negara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Jonit Mohd Johari & Abdul Rashid Ali. (1993). “Unsur Sosiobudaya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Mohd Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dengan Pembangunan: Satu Perspektif dan Warisan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Musa Daia. (1993). “Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan KBSM” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Nor Azizah Salleh & Shamsiah Ahmad. (1993). “Pendidikan Sains dalam KBSM: Satu Tinjauan Keberkesanannya dalam Pengajarand dan Pembelajaran di Sekolah” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Tajul Ariffin Noordin. (1993). “Pendidikan Bersepadu: Konsep dan Falsafahnya dalam KBSM” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Tokijan Abd Halim & Abdullah Mohd Noor. (1993). “Persepsi Guru Geografi terhadap Pendidikan Sepadu dan Penerapan Nilai Murni” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].

Yusoff Ismail. (1993). “Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM” dalam Adnan Kamis [ed]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit UKM [Univerisiti Kebangsaan Malaysia].




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.