Dollar tl chart dxy dollar.

Triple Role: Suatu Penyingkapan Peranan dan Kerja Wanita

Jalihah Md Shah

Abstract


ABSTRAK: Peranan wanita kerap diperkecilkan skopnya. Kertas kerja ini cuba menghuraikan tugas wanita dengan merentasi definisi aktiviti produktif yang sebelum ini bertindak menjadi ukuran mutlak kepada nilai kerja yang dilakukan oleh seseorang, terutamanya wanita. Untuk tujuan itu, perbincangan memberi tumpuan kepada konsep “triple role” yang dihuraikan oleh O.N. Caroline Moser (1989 dan 1993), yakni pengurus rumahtangga (peranan reproduktif), pencari nafkah (peranan produktif), dan menguruskan komuniti untuk memahami sepenuhnya peranan seorang wanita dalam masyarakat. Jika setakat ini pihak kerajaan Malaysia, juga pertubuhan buruh antarabangsa, hanya mengiktiraf kerja yang mempunyai pulangan wang sebagai satu pekerjaan, maka sudah sampai masanya pentakrifan ini, terutamanya yang menyentuh tugas dan kerja seorang perempuan, dinilai semula bagi memastikan kesamarataan dapat dirasai oleh kedua-dua gender ini. Pendefinisian yang dangkal tentang kerja wanita akan merugikan, seterusnya memberi gambaran bahawa lelaki lebih penting berbanding wanita. Walhal, kedua janitna ini saling bergantung dan melengkapi. Usaha mendefinisi dan pentakrifan semula, misalnya melalui konsep “triple role”, memperlihatkan betapa pentingnya peranan dan kerja wanita difahami dan diiktiraf. Ini signifikan, khususnya dalam konteks masyarakat moden yang mengiktiraf kesamarataan hak, peluang, dan layanan dari segi gender, etnik/ras, dan kelas untuk mewujudkan masyarakat madani yang maju.

Kata-kata kunci: konsep “triple role”, peminggiran peran wanita, kesetaraan gender, sumbangan wanita, dan pembangunan bangsa Malaysia.

About the Author: Jalihah Md. Shah ialah Pensyarah Program Sosiologi & Antropologi Sosial, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel beliau adalah jelia14@hotmail.com

How to cite this article? Shah, Jalihah Md. (2010). “Triple Role: Suatu Penyingkapan Peranan dan Kerja Wanita” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.1 [Mei], pp.67-78. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (February 20, 2010); Revised (March 26, 2010); and Published (May 20, 2010).


Full Text:

PDF

References


Afshar, Haleh & Bina Agarwal. (1989). Women, Poverty, and Ideology in Asia: Contradictory Pressures, Uneasy Resolutions. London: MACMILLAN Press.

Evers, Hans Dieter. (1991). “Teori Pengeluaran Subsistensi dan Pengeluaran Tak Formal” dalam Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Vol.19. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, ms.3-12.

Faridah Shahadan, Nor Aini Hj Idris & Zaini Mahbar. (1996). “Tabungan dan Pelaburan” dalam Rahmah Ismail & Zaini Mahbar [eds]. Wanita dan Pekerjaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fatimah Abdullah. (1987). “Wanita yang Bekerja dan Pengurusan Rumahtangga” dalam Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Jilid 15. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gardiner, Himmelweit & Mackintosh Gardiner. (1980). “Women’s Domestic Labour” dalam E. Malos [ed]. The Politics of Housework. London: Allison and Busby.

Helliwell, Christine. (1993). “Women in Asia: Anthropology and the Study of Women” dalam Grant Evans [ed]. Asia's Cultural Mosaic: An Anthropological Introduction. New York: Prentice Hall.

Heyzer, Noeleen & Gita Sen. (1994). Gender, Economic Growth, and Poverty: Market Growth and State Planning in Asia and the Pacific. New Delhi: Asian and Pacific Development Center.

Jalihah Md. Shah. (1999). “Wanita dalam Isi Rumah Nelayan: Satu Kajian Kes di Kampung Weston Laut”. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. Kota Kinabalu: Program Sosiologi dan Antropologi Sosia, Sekolah Sains Sosial UMS [Universiti Malaysia Sabah].

Jalihah Md. Shah. (2003). “Peranan Wanita dalam Komuniti Setinggan”. Tesis Sarjana Sastera Tidak Diterbitkan. Kota Kinabalu: Program Sosiologi dan Antropologi Sosial, Sekolah Sains Sosial UMS [Universiti Malaysia Sabah].

Kabeer, Naila. (1994). Reversed Realities: Gender Hierarchies in Development Thought. London: Verso.

Kamsiah Ali. (2000). “Pekerjaan Surirumah”. Kertaskerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Wanita Malaysia dalam Alaf Baru, anjuran Southeast Asian Association for Gender Studies — SAMA (Malaysia) & Jabatan Sains Politik (UKM). Petaling Jaya: 16-17 September.

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan. (2000).

Li, Tania Murray. (1995). Orang Melayu di Singapura. Kuala Lumpur: Synergy Books International, Terjemahan Abdul Rahman Hj. Embong.

Moser, O.N. Caroline. (1989). “Gender Planning in Third World: Meeting Practical and Strategic Gender Needs” dalam World Development, 17(11), ms.1799-1825.

Moser, O.N. Caroline. (1993). Gender Planning and Development Theory: Practice and Training. London: Routledge.

Moser, O.N. Caroline & Jeremy Holland. (1997). Urban Poverty and Violence in Jamaica: World Bank Latin American and Caribbean Studies. Washington D.C.: The World Bank.

Moser, O.N. Caroline, Annika Tornqvist & Bernice Van Bronkhorst. (1999). Mainstreaming Gender and Development in the World Bank: Progress and Recommendations. Washington D.C.: The World Bank.

Noor Aini Khalifah, Zaini Mahbar & Mohaini Tajuddin. (1996). “Dwikerjaya” dalam Rahmah Ismail & Zaini Mahbar [ed]. Wanita dan Pekerjaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Aini Hj. Idris. (1996). “Wanita dalam Sektor Tidak Formal: Satu Dimensi Kemiskinan Bandar” dalam Chamhuri Siwar & Nor Aini Hj. Idris [ed]. Kemiskinan dalam Arus Pembangunan Ekonomi Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Aini Hj. Idris, Madeline Berma & Faridah Shahadan. (1996). Wanita Malaysia dalam Era Pembangunan Industri. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oakley, Ann. (1985). The Sociology of Housework. Great Britain: Basil Blackwell.

Papanek, Hanna. (1980). Wanita Kota Jakarta: Kehidupan Keluarga dan Keluarga Berencana. Jakarta: Gadjah Mada University Press.

Rahimah Abdul Aziz. (1984). “Kedudukan Sosio-Ekonomi Kaum Wanita di Kalangan Keluarga Berpendapatan Rendah” dalam Hairi Abdullah [ed]. Kemiskinan dan Kehidupan Golongan Berpendapatan Rendah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahmah Ismail. (1997). “Peranan Wanita dalam Pembangunan Negara” dalam Siri Kertas Penyelidikan. Bangi: Jabatan Ekonomi Pembangunan dan Perancangan, Fakulti Ekonomi UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Saptari, Ratna & Brigitte Holzner. (1997). Perempuan, Kerja, dan Perubahan Sosial. Jakarta: Penerbit PT Pustaka Utama Grafiti.

Sharifah Zaleha Syed Hassan [ed]. (1998). Malaysian Women in the Wake of Change. Kuala Lumpur: Gender Studies Programme, University of Malaya.

Unit Perancang Ekonomi. (2000). Laporan Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000). Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.