Dollar tl chart turkish lira to dollar.

Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian, dan Isu Rasionaliti Masyarakat Petani di Sabah, Malaysia

Maine Suadik, Yusten Karulus

Abstract


ABSTRAK: Kertas kerja ini mengkaji pengaruh teknologi terhadap perubahan amalan pertanian dalam masyarakat petani padi di Kampung Piasau, Kota Belud, negeri Sabah, Malaysia. Kertas kerja ini telah mengenalpasti tahap modenisasi dalam masyarakat petani di Kampung Piasau berdasarkan lima tahap pertumbuhan dalam teori pembangunan ekonomi oleh W.W. Rostow. Wujud sesebuah anggapan bahawa semakin “moden” sesuatu masyarakat, disebabkan oleh pengaruh teknologi baru, semakin berkurangan nilai tradisional yang dipercayai mereka, iaitu masyarakat menjadi lebih rasional. Di Kampung Piasau, anggapan ini didapati tidak boleh disokong sepenuhnya kerana walaupun banyak amalan pertanian asal yang tidak lagi diamalkan oleh petani, namun masih wujud fahaman yang berbelah bagi di kalangan informan mengenai amalan tradisional dalam aktiviti penanaman padi. Turut dikesan ialah satu perubahan sosial yang menarik, iaitu perkembangan dalam sumber pencapaian status sosial masyarakat. Status yang dicapai berlaku seiring dengan status sosial yang diwarisi. Data telah diperolehi dengan menggunakan pendekatan etnografi terhadap 60 orang informan yang terdiri daripada petani yang mempunyai tanah, sama ada dipinjam atau dimiliki, dan aktif melakukan aktiviti pertanian padi secara sepenuh masa dan separuh masa.

Kata-kata kunci: pengaruh teknologi, amalan pertanian, masyarakat petani padi di Kampung Piasau, dan sedikit bantahan terhadap teori pembangunan ekonomi.

===

About the Authors: Maine Suadik dan Yusten Karulus ialah Kedua-dua Pensyarah di Program Antropologi dan Sosiologi Sosial, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Locked Bag 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel mereka adalah maine@ums.edu.my dan yusten_10@yahoo.com

How to cite this article? Suadik, Maine & Yusten Karulus. (2010). “Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian, dan Isu Rasionaliti Masyarakat Petani di Sabah, Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.1 [Mei], pp.41-52. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (February 28, 2010); Revised (March 30, 2010); and Published (May 20, 2010).


Full Text:

PDF

References


Chatfield, G.A. (1967). Sabah: A General Geography. London: University of London Press Ltd.

Cleary, M. & P. Eaton. (1996). Tradition and Reform: Land Tenure and Rural Development in South-East Asia. New York: Oxford University Press.

Doolittle, A. (2003). “Colliding Discourses: Western Land Laws and Native Customary Rights in North Borneo, 1881-1918” dalam Journal of Southeast Asian Studies, 34(1), ms.97-126.

Gindanau Sakat. (2005). ”Kota Belud ‘Rice Bowl’ Project Needs RM200m” dalam akhbar Daily Express. Kota Kinabalu, Sabah: 7 Mac, ms.3.

Henslin, J.M. (2005). Sociology: A Down to Earth Approach. Amerika: Pearson, Seventh Edition.

Jessup, T.C. (1981). “Why Do Apo Kayan Shifting Cultivators Move? A Preliminary Report” in Borneo Research Bulletin, 13(1), pp.16-32.

Ngidang, D., Abdul Rashid Abdullah & G.T. Nowey. (2003). “Land Use and Farming Systems at the Periphery of the Crocker Range National Park Sabah, Malaysia” dalam ASEAN Review of Biodiversity and Environmental Conservation (ARBEC), ms.1-16.

Norazit Selat. (1993). Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ooi, Siok Thong. (1980). “An Extract of a Report on Agricultural Prospects in British North Borneo, 1882” dalam Bulletin of the Society of Agricultural Scientists Sabah, IV(2), ms.1-18.

Rahimah Abdul Aziz. (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rostow, W.W. (2000). “The Stages of Economic Growth: A Non-Communist Manifesto (1960)” dalam R.J. Timmons & Amy Hite [eds]. From Modernization to Globalization: Perspectives on Development and Social Change. UK: Blackwell Publishers Ltd.

Schulze, H. & Suriani Suratman. (1999). Villagers in Transitions: Case Studies from Sabah. Sabah: Penerbit UMS.

Singh, D.S.R. (1981). “The Structure of the Indigenous Economy in Sabah in the 1860s and 1870s”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Sejarah dan Masyarakat Sabah, anjuran Yayasan Sabah dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia. Kota Kinabalu, Sabah: 12-16 Ogos.

Weber, Max. (2000a). “The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism (1905)” dalam R.J. Timmons & Amy Hite [eds]. From Modernization to Globalization: Perspectives on Development and Social Change. UK: Blackwell Publishers Ltd.

Weber, Max. (2000b). “Science as a Vocation (1919)” dalam R.J. Timmons & Amy Hite [eds]. From Modernization to Globalization: Perspectives on Development and Social Change. UK: Blackwell Publishers Ltd.

Weber, Max. (2000c). “The Characteristics of Bureaucracy (1920)” dalam R.J. Timmons & Amy Hite [eds]. From Modernization to Globalization: Perspectives on Development and Social Change. UK: Blackwell Publishers Ltd.

Wong, D. (1987). Peasants in the Making: Malaysia’s Green Revolution. Pasir Panjang: Institute of Southeast Asian Studies.

Temubual:

Kuliam (Petani di Kampung Piasau), bulan September 2004.

Mahai Munsing (bekas Ketua Kampung Piasau di Sabah, Malaysia), temubual mengenai Sejarah Pertanian Kampung Piasau, tarikh 14 Mei 2004.

Mijul (bukan nama sebenar), di Kampung Piasau, bulan Ogos 2004.

Muneh Sikin (Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Daerah Kota Belud di Sabah, Malaysia), temubual mengenai Projek Pembangunan Pertanian Padi di Kampung Piasau, tarikh 12 Disember 2004.

Runsoyo (Bobolian di Kampung Piasau), bulan November 2004.

Simbaul (penduduk di Kampung Piasau), bulan November 2004.

Tangri (bukan nama sebenar), di Kampung Piasau, bulan Jun 2004.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.