Keutamaan Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada Sekolah-sekolah di Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Yahya Othman

Abstract


ABSTRAK: Dalam realitinya, kebanyakan guru mengajar lebih terikat dengan penggunaan buku teks. Maka akibat dari ketergantungan kepada buku teks ini boleh mengurangi keinginan guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Sementara itu, guru yang baik dalam mengajarkan BM (Bahasa Melayu) juga perlu menguasai pengetahuan isi BM, aspek pedagogi dan pengetahuan isi pedagogi dalam usaha untuk meningkatkan mutu berbahasa pelajar. Kajian secara deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik untuk pelajar dan guru BM disediakan untuk mendapatkan data yang berkaitan. Seramai 96 guru yang mengajar BM dan 278 pelajar dilibatkan dalam kajian ini dari beberapa buah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Data dianalisis menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru berasa puas semasa mengajar jika menggunakan BBM (Bahan Bantu Mengajar). Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan isi pelajaran dapat disampaikan sepenuhnya. Manakala dari segi ekspektasi pelajar pula, jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar berasa sangat seronok jika guru mereka menggunakan BBM semasa mengajar. Ini membantu pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. BBM yang sesuai memberi kesan terhadap minat pelajar. Komputer merupakan BBM yang paling diminati. Ini menunjukkan bahawa guru perlu celik komputer bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar kini.

Kata-kata kunci: bahan bantu mengajar, bahasa Melayu, proses pengajaran dan pembelajaran, serta keberkesanan mengajar.

About the Author: Dr. Yahya Othman ialah Pensyarah Kanan pada Pendidikan Bahasa dan Literasi, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UBD (Universiti Brunei Darussalam). Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: yahyaoth@gmail.com

How to cite this article? Othman, Yahya. (2009). “Keutamaan Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada Sekolah-sekolah di Selangor Darul Ehsan, Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.2, No.2 [November], pp.215-226. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 3, 2009); Revised (October 5, 2009); and Published (November 20, 2009).


Full Text:

PDF

References


Asad bin Awang. (1995). “Kesan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Terhadap Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Arab Pelajar Tingkatan Satu di Sebuah Sekolah”. Dissertation M.Ed. Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya].

Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jeyakumar Govindan. (1998). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Perdagangan di Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan”. Dissertation M.Ed. Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya].

Mohd. Azidan Abdul Jabar. (1998). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Bahasa Arab”. Dissertation (M.M.L.S) Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik UM [UniversitiMalaya].

Schulman, L.S. (1986). “Those Who Understand: Knowledge in Teaching” dalam Educational Researcher, 15, ms.4-14.

Schulman, L.S. (1987). “Knowledge and Teaching: Foundation of the New Reform” dalam Havard Educational Review, 57(1), ms.1-22.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.