Kesultanan Melayu Brunei dalam Konflik Mukah pada Abad ke-19: Satu Perbandingan antara Perspektif Sumber Barat dan Tempatan

Haji Awg Asbol bin Haji Mail

Abstract


ABSTRAK: Dalam merongkai dan menganalisis sejarah Brunei abad ke-19, para sejarawan lazimnya menggunakan dua sumber utama, iaitu sumber Barat dan sumber tempatan. Dalam pengkajian sejarah Brunei, utamanya kes Mukah pada abad ke-19, para pengkaji tidak semestinya hanya bergantung kepada sumber Barat, tetapi sumber tempatan juga perlu diambil kira andaikata sumber-sumber ini masih wujud untuk diteliti. Oleh itu apabila menggunakan sumber Barat, para pengkaji harus berhati-hati dan perlu mempunyai pemikiran yang kritis, kerana sumber ini mempunyai agenda tersembunyi dan bersifat Euro-centric. Semenangnya bahawa sama ada sumber Barat mahupun sumber tempatan mengakui tentang kewujudan konflik Mukah semasa era kekuasaan Kesultanan Brunei yang melibatkan tokoh-tokoh seperti Pengiran Arshad, Pengiran Matusin, Pengiran Dipa dan Syarif Mashyur. Maka peristiwa ini memang merupakan satu tragedi dalam tinta dan lembaran sejarah Kesultanan Brunei. Justru, satu pandangan yang tidak boleh diterima daripada sumber Barat adalah cuba merendah-rendahkan kepimpinan seorang Sultan, sedang tidak ada mana-mana pemimpin yang ingin dan suka jajahannya diambil dan dikuasai oleh orang lain, bahkan dalam sejarah tamadun manusia kehendak sesebuah kerajaan untuk meluaskan jajahan takluknya merupakan fenomena biasa berlaku. Sementara menurut kaca mata sumber tempatan, kelihatannya dalam episod Mukah ini lebih seimbang dalam menceritakan tragedi ini tanpa cuba menyebelahi mana-mana pihak.

Kata-kata kunci: kesultanan Melayu Brunei, konflik Mukah, sumber Barat dan sumber tempatan, serta perspektif sejarah yang adil.

About the Author: Prof. Madya Dr. Haji Awg Asbol bin Haji Mail ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD (Universiti Brunei Darussalam). Alamat e-mail beliau adalah: asbolm@fass.ubd.edu.bn atau asbolm@hotmail.com

How to cite this article? Haji Mail, Haji Awg Asbol bin. (2009). “Kesultanan Melayu Brunei dalam Konflik Mukah pada Abad ke-19: Satu Perbandingan antara Perspektif Sumber Barat dan Tempatan” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.2, No.2 [November], pp.165-180. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.

Chronicle of article: Accepted (September 10, 2009); Revised (October 11, 2009); and Published (November 20, 2009).


Full Text:

PDF

References


“Cession of the Territory from Samarahan to Kidorong Point, 6 September 1861” dalam F.O. (Foreign Office), 572/18.

Dzulfawati Haji Hassan. (1998). Etnografi Sejarah Sosio-Budaya Melanau: Hubungannya dengan Era Brunei. Brunei Darussalam: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Monograf Akademi Pengajian Brunei, Bil.1/9, 8 September.

“Edwardes to Foreign Office, 8 June 1860” dalam F.O. (Foreign Office), 12/27.

“E. Hertslet, Memorandum Respecting the Status of Rajah Brooke of Sarawak, and as to His Right to be Treated as an Independent Sovereign Prince, December 29, 1876” dalam F.O. (Foreign Office), 12/19.

Gould, S. Baring & C.A. Bampfylde. (1989). History of Sarawak Under its Two White Rajah, 1839-1908. Singapore: Oxford University Press.

Haji Awg Asbol bin Haji Mail. (2004). “Kesultanan Brunei Abad ke-19: Sistem Politik dan Struktur Pentadbiran”. Thesis Doktor (Ph.D.) Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Haji Awg Asbol bin Haji Mail. (2006). Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei, 1950-1985. Brunei Darussalam: Jabatan Pusat Sejarah Brunei.

“Johnstone to Wilson, 30 August 1860” dalam C.O. (Foreign Office), 144/18.

“Map of Borneo” dalam F.O. (Foreign Office), 572/25.

Mundy, Rodney. (1848). Narrative of Events in Borneo and Celebes Down to the Occupation of Labuan from the Journals of James Brooke, ESQ Rajah of Sarawak and Governor of Labuan, Vol.I. London: John Murray, Albermarle Street.

Nadzan Haron. (1997). “Keterangan Lisan sebagai Sumber Sejarah” dalam Alam Pensejarahan dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasron Sira Rahim. (2007). “Pelombong Emas Cina Tentang Penjajah Asing” dalam Berita Minggu. Bandar Seri Begawan: 9 September.

“Peta Jajahan di Bawah Kuasa Sarawak” dalam F.O. (Foreign Office), 12/2.

“Peta Jajahan Sarawak, Brunei dan Borneo Utara British” dalam F.O. (Foreign Office), 12/57.

“Peta Jajahan Sarawak, Brunei dan Borneo Utara British” dalam F.O. (Foreign Office), 12/76.

Pringle, Robert. (1970). Rajahs and Rebels the Ibans of Sarawak under Brooke Rule, 1841-1941. New York: Cornell University Press.

Rawlins, Joan. (1965). Sarawak, 1839–1963. London: Macmillan & Co. Ltd.

Saunders, Graham. (1994). A History of Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

St. John, Spenser. (1994). The Life of Sir James Brooke Rajah of Sarawak from His Personal Papers and Correspondence. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tarling, Nicholas. (1971). Britain, the Brookes and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

“The Sultan of Brunei to Edwardes, Brunei: 25 April 1860” dalam F.O. (Foreign Office), 12/27.

Temubual:

Haji Raya bin Merkus, lahir pada tahun 1923, bangsa Melanau Islam. Beliau mempunyai pertalian keluarga dengan Pengiran Matusin yang terlibat dalam pertikaian dengan Pengiran Arshad di Mukah. Menurutnya, moyang beliau sendiri telah turut terkorban apabila kediaman Pengiran Matusin diserang oleh angkatan Pengiran Dipa dan Syarif Mashyur. Temubual telah dibuat pada 13 Februari 2004 di rumah beliau No.7 Kampong Tellian, Jalan Sungai Ragei, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia.

Penghulu Haji Hussin bin Bahar, lahir pada tahun1939, bangsa Melanau Islam. Temubual telah dibuat pada 13 Februari 2004, di rumah beliau di Kampong Kuala Oya, Sarawak, Malaysia.




SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan is published by Minda Masagi Press. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Sharealike 4.0.