Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial dan Perkembangan Industri Pertanian di Malaysia

Norhasni Zainal Abiddin, Mohd Ashraff Mohd Anuar, Anzar Abdullah

Abstract


INTISARI: Sektor pertanian komersial sehingga kini masih kekurangan penglibatan golongan muda, terutamanya belia berpelajaran tinggi. Golongan muda ini diperlukan oleh negara untuk menaiktarafkan indusrti pertanian, memodenkan industri asas tani, dan memperbanyakkan lagi pekerja berkemahiran yang terlibat dalam sektor pertanian komersial. Persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian telah memberi kesan terhadap penglibatan belia dalam pertanian komersial. Persepsi negatif yang dimaksudkan ini adalah seperti kurangnya galakan daripada keluarga; kurang prosedur yang lengkap dalam membantu belia yang ingin melibatkan diri dalam sektor pertanian; serta kesukaran dalam mendapatkan bantuan, termasuklah sumber bantuan kewangan. Kesemua aspek ini menyumbang kepada kurangnya penglibatan belia dalam perniagaan pertanian secara komersial. Justeru, artikel ini mengupas sejarah industri pertanian di Malaysia dan penglibatan belia dalam industri ini. Pembangunan pertanian komersial di Malaysia dalam 50 tahun ini menampakkan kurangnya penglibatan belia, walaupun industri pertanian berupaya membuka prospek yang luas dalam ekonomi Malaysia.

KATA KUNCI: Pertanian, usahawan, belia, perniagaan, industri, persepsi negatif, sejarah industri pertanian, dan ekonomi Malaysia.

ABSTRACT: Youth Involvement in Commercial Agriculture and the Development of Agriculture Industries in Malaysia”. Commercial agricultural sector in Malaysia until these days is still lack of young people, especially educated youth. This young workforce is needed by the Malaysian government in the process of improving the agricultural industry, modernizing agro-based industries, and developing skilled workers of the commercial agricultural sectors. Negative perception towards agriculture sector has brought significant impact on the involvement of youths in commercial agriculture. The negative perceptions include lack of family and community encouragement; lack of complete procedure for the young people joining the industry; and difficulties to get technical assistance and financial supports. All these aspects contribute to the lack of youth involvement in commercial agriculture business. Hence, this article explores the history of commercial agriculture in Malaysia and youth involvement in the industry. The development of commercial agriculture in Malaysia in 50 years clearly shows that there is less involvement among youth, even though the agriculture industry could bring broader prospects of the Malaysian economic.

KEY WORD: Agriculture, entrepreneur, youth, business, industry, negative perception, history of commercial agriculture, and Malaysian economic.

About the Authors: Prof. Madya Dr. Norhasni Zainal Abiddin dan Mohd Ashraff Mohd Anuar ialah Pensyarah dan Tutor di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia) Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Dr. Anzar Abdullah ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Alamat emel penulis adalah: nonie@upm.edu.my, mohdashraf@upm.edu.my, dan anzarabdullah91@yahoo.co.id

How to cite this article? Zainal Abiddin, Norhasni, Mohd Ashraff Mohd Anuar & Anzar Abdullah. (2015). “Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial dan Perkembangan Industri Pertanian di Malaysia” in SIPATAHOENAN: South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, Vol.1(1) April, pp.99-108. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, ISSN 2407-7348.

Chronicle of the article: Accepted (January 8, 2015); Revised (March 6, 2015); and Published (April 21, 2015).


Keywords


Pertanian; Usahawan; Belia; Perniagaan; Industri; Persepsi Negatif; Sejarah Industri Pertanian; Ekonomi Malaysia

Full Text:

PDF

References


Aidit, G. & Y. Husnizam. (2005). Pembentukan Generasi Belia Selangor 2005: Satu Pengamatan. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.

Bezu, S. & S. Holden. (2014). “Are Rural Youth in Ethiopia Abandoning Agriculture?” dalam World Development, 64(1), ms.259-272.

Brian, C. & N. Peterson. (2012). “The Role of Empowerment in Youth Development: A Study of Sociopolitical Control as Mediator of Ecological Systems' Influence on Developmental Outcomes” dalam Journal of Youth & Adolescence, 41(5), ms.623-635.

Burke, M.J. et al. (2012). “Supported Employment Outcomes for Transition Age Youth and Young Adults” dalam Psychiatric Rehabilitation Journal, 35(3), ms.171–179.

DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka]. (2001). Kamus Dewan, Edisi IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. (2007a). “Golongan Muda Diajak Bertani”. Tersedia secara online juga di: http://www.famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014].

FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. (2007b). “Graduan Usahawan Tani”. Tersedia secara online juga di: http://www.famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014].

FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. (2007c). “Pertanian Moden Beri Hasil Lumayan”. Tersedia secara online juga di: http://www.famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014].

FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. (2007d). “Graduan Tanam Tembikai”. Tersedia secara online juga di: http://www.famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014].

FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. (2007e). “Bank Perlu Berani Bantu Sektor Tani”. Tersedia secara online juga di: http://www.famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014].

Fatimah, M.A. (2005). Strategi Lahirkan Usahawan Tani Berdaya Maju. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.

Fikri. (2006). Kementerian Belia dan Sukan Sediakan Dana RM 20 Juta untuk Belia Berniaga. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.

Ismail, M. (2004). Menjadi Belia Cemerlang. Petaling Jaya: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

JPBD [Jabatan Perancangan Bandar dan Desa]. (2000). Laporan Banci Penduduk. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

JPM [Jabatan Perdana Menteri] Malaysia. (2006). RMK-9, Bab 3: Memperkasakan Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.

KBS [Kementerian Belia dan Sukan] Malaysia. (1995). Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara. Putrajaya: Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan.

KPIAT [Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani] Malaysia. (2006a). “Hala Tuju Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani”. Tersedia juga secara online di: http://www.banktani.tripod.com [diakses di Makassar, Indonesia: 17 Januari 2015].

KPIAT [Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani] Malaysia. (2006b). Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN-3). Putrajaya: Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa.

Maykut, P. & R. Morehouse. (1994). Beginning Qualitative Research: A Philosophic & Practical Guide. London: The Falmer Press.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. California: Sage Publications.

Shucksmith, M. (2012). “How to Promote the Role of Youth in Rural Areas of Europe?”. Tersedia online juga di: http://www.desenvolupamentrural.cat/system/uploads/attachment/nv_asset/1292/1.mark_shucksmith_rural_youth_catalonia.pdf [diakses di Makassar, Indonesia: 15 Januari 2015].

Sun, R.C.F. & D.T.L. Shek. (2012). “Beliefs in the Future as a Positive Youth Development Construct: A Conceptual Review” dalam The Scientific World Journal, 12(1), ms.1-8.