Dakwah Islam di Sabah, Malaysia: Satu Eksplorasi Awal

Abd Hakim Mohad, Kasim Mansur, Ros Aiza Mohd Mokhtar

Abstract


ABSTRAKSI: Isu dakwah di Sabah, Malaysia adalah antara yang menarik perhatian ramai pengkaji. Sementara itu, secara hakikat, Sabah merupakan sebuah negeri yang amat terkenal dengan sikap toleransi masyarakatnya yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Di saat masyarakat Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia berselisih faham tentang penggunaan kalimah Allah, masyarakat di Sabah masih mampu bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam diam, Sabah mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dari segi bilangan orang yang memeluk Islam. Ironinya, kebanyakan mereka adalah dari penganut agama Kristian. Berdasarkan kepada dua fakta ini, tentunya hal berkaitan aktiviti dakwah di Sabah wajar untuk dikongsikan. Penelitian ini membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama Islam, seperti JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah), MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah), dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berkaitan aktiviti dakwah. Selain itu, perbincangan tentang cabaran dakwah juga disentuh secara sepintas lalu; diikuti dengan tinjauan tentang program-program peng-Islam-an yang dijalankan. Akhir sekali, penelitian ini membuat refleksi terhadap usaha dakwah yang telah dijalankan. Meskipun perbincangan dan hasil kajian yang dilakukan pada 2008, namun perkembangan terkini juga diambil perkiraan dalam penulisan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh.

KATA KUNCI: Islam; Dakwah; Mualaf; Sabah; Agensi Kerajaan Berasaskan Islam.

ABSTRACT: Proselytization of Islam in Sabah, Malaysia: An Early Exploration”. Proselytization issue in Sabah, Malaysia were among those attracted many researchers. Meanwhile, in fact, Sabah is a state well-known for its tolerant community that consists of diverse races, cultures, and religions. During the time when the Muslim and Christian communities in Malaysia Peninsula were in disagreement about the usage of the term Allah, the community in Sabah still managed to remain calm and carried on with their daily activities. However, Sabah has unobstrusively become one of the states in Malaysia that is leading in terms of Islamic conversion. Ironically, many of the converts were Christians. Based on these two facts, matters revolving the activity of Islamic proselytization in Sabah ought to be discussed. This paper examines the role of Islamic government agencies, such as JHEAINS (Sabah State Institution for Islamic Religious Affairs), MUIS (Islamic Religious Body of Sabah), and JAKIM (Islamic Development Institution of Malaysia) in the activities of proselytization. Furthermore, a discussion on the challenges in proselytization will also be addressed briefly; followed by a review on the programmes that are being implemented. Consequently, this paper reflects on the efforts of proselytization that have taken place. Eventhough the discussion in this paper is a result of a research conducted in 2008, however current development related to the issues are also taken into consideration. The research employs both the qualitative and quantitative approaches for a comprehensive view on the matter.

KEY WORD: Islam; Proselytization; Convert; Sabah; Governmental Organization-Based Islam.

About the Authors: Dr. Abd Hakim Mohad ialah Pensyarah Kanan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS (Universiti Malaysia Sabah), 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur ialah Pensyarah di Fakulti Perniagaan, Ekonomi, dan Perakaunan UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Dr. Ros Aiza Mohd Mokhtar ialah Pensyarah Kanan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: abdhakim@ums.edu.my, kmansur@ums.edu.my, dan rosaiza@ums.edu.my

How to cite this article? Mohad, Abd Hakim, Kasim Mansur & Ros Aiza Mohd Mokhtar. (2016). “Dakwah Islam di Sabah, Malaysia: Satu Eksplorasi Awal” in INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, Vol.1(2), August, pp.151-166. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, ISSN 2443-1776.

Chronicle of the article: Accepted (March 30, 2016); Revised (June 25, 2016); and Published (August 30, 2016).


Keywords


Islam; Dakwah; Mualaf; Sabah; Agensi Kerajaan Berasaskan Islam

Full Text:

PDF

References


Abdullah, Nur A’thiroh Masyaa’il Tan et al. (2014). “Persepsi Saudara Muslim terhadap Program Dakwah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Kuala Lumpur” dalam Sains Humanika, 2(1), ms.145-150.

Ahmad, Zulkifli & Mohd Yusof Ismail. (1998). Pendidikan Syariah Islamiah. Ipoh: Pustaka Media Jaya, cetakan kedua.

al-Maududi, Abul ‘Ala. (2010). “Shahadul Haq: Siri Tarbiyah”. Tersedia secara online di: file:///C:/Users/acer/Downloads/Al-Maududi%20-%20Syahadatul%20Haq.pdf [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 28hb April 2016].

al-Qaradhawi, Yusuf. (2001). Islam Abad 21. Jakarta: Pustaka Al-Kaustar, penterjemah Samson Rahman.

Bukhari. (2012). “Dakwah Humanis dengan Pendekatan Sosiologis-Antropologis” dalam Jurnal Al-Hikmah, 4, ms.111-130.

Buyong, Jamdin. (2013). “Islam Membentuk Tamadun Penduduk Sabah: Sejarah dan Kejayaan” dalam Anwar Fakhri Omar, Ezad Azraai Jamsari, Jaffary Awang [eds]. Islam di Sarawak dan Sabah. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Daud, Saif@Shaiffudin. (2010). Transformasi Sosial Menerusi Islamisasi di Kalangan Orang Dusun di Ranau, Sabah. Kota Kinabalu: JHEAINS [Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah].

Don, Abdul Ghafar & Badlihisham Mohd Nasir. (2012). “Cabaran Dakwah di Malaysia: Sebelum dan Selepas Merdeka” dalam Jurnal Al-Hikmah, 4, ms.15-22.

Don, Abdul Ghafar et al. (2015). “Penilaian terhadap Keberkesanan Kursus dan Latihan yang Ditawarkan oleh Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS)” dalam Sains Humanika, 6(1), ms.1-8.

Guleng, Marlon P. (2014). “Penyesuaian Diri Muallaf terhadap Masyarakat dalam Kalangan Pelajar IDIP (Institut Dakwah Islamiah PERKIM)” dalam Jurnal Al-Hikmah, 6, ms.78-93.

Hofsteede, William O.F.M. (2004). “Muslim Initiatives for Harmonious Interterligious Relations in Indonesia” dalam Studies in Interreligious Dialogue, Vol.14, ms.123-135.

http://www.islam.gov.my/informasi/statistiksaudarabaru.html [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 2 Mac 2016].

Jemkhairil. (2010). “Komunikasi antara Budaya sebagai Metode Dakwah untuk Masyarakat Multi Etnik” dalam Jurnal Al-Hikmah, 2, ms.83-96.

JHEAINS [Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah]. (2007). Laporan Penyata Pengislaman, 1970-2007. Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Jones, Gavin W. et al. (2009). Muslim — Non-Muslim Marriage: Political and Cultural Contestations in Southeast Asia. Singapore: ISEAS [Institute of South East Asian Studies].

JP [Jabatan Perangkaan] Malaysia. (2003). Buku Tahunan Perangkaan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

JP [Jabatan Perangkaan] Malaysia. (2010). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

JP [Jabatan Perangkaan] Sabah. (2000). Buku Tahunan Perangkaan Sabah: Sabah Statistic Yearbook. Kota Kinabalu, Negeri Sabah: Jabatan Perangkaan Sabah.

JP [Jabatan Perangkaan] Sabah. (2001). Buku Tahunan Perangkaan Sabah: Sabah Statistic Yearbook. Kota Kinabalu, Negeri Sabah: Jabatan Perangkaan Sabah.

Kib, Mat Zin Mat. (2003). Kristian di Sabah, 1881-1994. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Leng, Osman Abdullah@Chuah Hock & Abdul Salam Muhamad Shukri. (2008). Muslim Converts in Malaysia: The Problem of Cultural Adjustment. Gombak: IIUM [International Islamic University of Malaysia] Press.

Mohad, Abd Hakim et al. (2015). “Memahami Sikap Masyarakat Kristian terhadap Masyarakat Islam di Sabah: Pasca Isu Larangan Menggunakan Kalimah Allah”. Kertas Kerja dalam Proceedings of ICIC 2015: International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia, pada tarikh 6-7 September. Tersedia secara online juga di: https://www.unisza.edu.my/icic/images/Fullpaper/60_-_Abd_Hakim_Mohad.pdf [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 28hb April 2016].

Mohamed, Roslan. (2002). “Dakwah Non-Muslim: Satu Introspeksi Ringkas” dalam Jurnal YADIM, 3, ms.120-127.

Muhamat, Razaleigh, Abd Ghafar Don & Abu Dardaa Mohamad. (2012). “Dakwah kepada Golongan Muallaf Orang Asli di Kelantan” dalam Jurnal Al-Hikmah, 4, ms.87-105.

Nor, Hasan Mat. (2007). “Agama dan Hubungkaitnya dengan Toleransi Etnik di Sabah” dalam Sabihah Osman [ed]. Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial. Kota Kinabalu: Laporan Akhir Penyelidikan IRPA UMS.

PERASA [Pembangunan Rakyat Sabah]. (2008). Laporan Kajian Pembangunan Rakyat Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit PERASA.

Puteh, Anuar et al. (2010). “Aktiviti Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kepada Saudara Kita Masyarakat Kadazan/Dusun” dalam Ahmad Redzuwan Mohd Yunus et al. [eds]. Dakwah Multi Etnik. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Puteh, Anuar, Razaleigh Muhamat & Abdul Ghafar Don. (2011). “Konsep Perkahwinan Campur dan Kepentingannya kepada Usaha Dakwah” dalam Jurnal Al-Hikmah, 3, ms.77-90.

Rafida, A.R. Norhayati, N.H. Nurul Husna & A.S. Safiyyah. (2012). “Perundingan Asas Penyebaran Dakwah Islam: Analisis Kerangka ke Atas Perjanjian Zaman Rasulullah SAW” dalam Global Journal Al-Thaqafah, 2(1), ms.55-68.

Sintang, Suraya. (2003). “Penganutan Agama Islam dan Kristian di Kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah” dalam Jurnal Usuluddin, Bil.18, ms.59-80.

Sintang, Suraya. (2014). “Peaceful Co-Existence in Religious Diversity in Sabah, Malaysia” dalam Global Journal of Human-Social Science, Arts & Humanities-Psychology, Vol.14(1). Tersedia secara online di: https://globaljournals.org/GJHSS_Volume14/9-Peaceful-Co-Existence-in-Religious.pdf [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 28hb April 2016].

Smith, Jane I. (2007). Muslims, Christians, and the Challenges of Interfaith Dialogue. New York: Oxford University Press.

Talib, Ahmad Tarmizi et al. (2014). “Toleransi Sosio-Agama di Sabah”. Kertas Kerja dibentang dan dibincang dalam Seminar Dakwah dan Etnik di UMS [Universiti Malaysia Sabah], Kota Kinabalu.

Tamring, Budi Anto Mohd. (2008). “Pengaruh Agama dalam Interaksi dan Toleransi Etnik: Kajian Kes ke atas Pelajar Bumiputera Sabah di Universiti Malaysia Sabah”. Unpublished Master’s Thesis. Kota Kinabalu: UMS [Universiti Malaysia Sabah].

Temubual dengan Responden A, sorang Mualaf yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan tuntutan Islam, di Sabah, Malaysia, pada tarikh 3hb Julai 2009.

Temubual dengan Responden B, sorang Mualaf yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan tuntutan Islam, di Sabah, Malaysia, pada tarikh 10hb Julai 2009.

Temubual dengan Responden C, sorang Mualaf yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan tuntutan Islam, di Sabah, Malaysia, pada tarikh 17hb Julai 2009.

Temubual dengan Responden D, sorang Mualaf yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan tuntutan Islam, di Sabah, Malaysia, pada tarikh 20hb Julai 2009.

Temubual dengan Responden E, sorang Mualaf yang mengalami kesukaran untuk melaksanakan tuntutan Islam, di Sabah, Malaysia, pada tarikh 27hb Julai 2009.

Yusof, Farahwahida binti Mohd & Norshiela binti Md Said. (2010). “Peranan NGO Islam terhadap Perlaksanaan Islah dan Dakwah dalam Kalangan Masyarakat”. Tersedia secara online di: http://eprints.utm.my/10433/1/PERANAN_NGO_ISLAM_TERHADAP_PERLAKSANAAN_ISLAH_DAN.pdf [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 28hb April 2016].

Zin, Abd Aziz Mohd. (1997). Pengantar Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit UM [Universiti Malaya].


View My Stats