Awang Batil dan Pura Taman: Suatu Perbandingan Tradisi Penglipur Lara Melayu dan Orang Asli

Mohamad Luthfi Abdul Rahman

Abstract


RINGKASAN: Kajian tentang pencerita lisan/penglipur lara Melayu di Nusantara sering diperkatakan dan dihujahkan oleh pelbagai pihak, sama ada sarjana tempatan mahupun Barat, khususnya dalam bidang kesusasteraan tradisional. Makalah ini bakal membicarakan tentang dua orang tokoh pencerita lisan, atau lebih dikenali sebagai penglipur lara. Penglipur lara yang pertama memakai gelaran “Awang Batil”, yang mendiami di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia. Pencerita kedua bernama “Pura Taman”. Pencerita kedua ini pula agak unik kerana beliau adalah Orang Asli dari suku kaum Jakun di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. Penulisan ini ditampilkan secara perbandingan untuk melihat bentuk persamaan dan juga kelainan yang ditonjolkan oleh dua orang pencerita berkenaan. Objektif penulisan ini ialah untuk mendokumentasikan proses kemunculan seseorang pencerita dan juga menganalisis secara mendalam peranan yang dimainkan oleh mereka dalam konteks persekitaran yang didiami. Sebagai sandaran perbincangan, pandangan daripada G.L. Koster (1997) tentang “peranan penceritaan” digunakan untuk melihat fungsi pencerita atau penglipur lara yang dimaksudkan itu. Berasaskan objektif ini dapat diketahui nanti, sama ada dua penglipur lara itu melalui proses kemunculan serta berkongsi peranan yang sama ataupun masing-masing menampilkan kelainan yang tersendiri. Kajian sebegini sangat signifikan dalam era kontemporari, memandangkan budaya penglipur lara semakin dilupakan oleh generasi kini di Malaysia.

KATA KUNCI: Penglipur lara, Awang Batil, Pura Taman, perbandingan, mendokumentasikan, serta proses kemunculan dan peranan pencerita.

ABSTRACT: “Awang Batil and Pura Taman: A Comparative Study of Malay and Orang Asli Storytellers Tradition”. The study of oral storytellers of Malays in Malay Archipelago is often spoken and argued by various parties whether local and Western scholars, especially in the field of traditional literature.This paper will discuss about the two figures oral storytellers, or better known as “penglipur lara” in Malay language. The first storyteller has used the title of “Awang Batil”, who inhabited in Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia. The second narrator named “Pura Taman”. The second narrator is quite unique, because he is aboriginal tribes of Jakun in the Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. Writing is shown in comparison to the similarities and also differentiations highlighted by these two storytellers. The objective of this paper is to document the process of the emergence of a storyteller and also analyzes in depth the role played by them in the context of its milieu. As a backup of discussion, the views of G.L. Koster (1997) on “The Role of Storytelling” are used to view the narrator or storyteller who relates it. Based on these objectives, it can be seen whether these two storytellers through the process of emergence and sharing the same role or each featuring a distinctive difference. Such research is particularly significant in view of the contemporary era, due to the culture of storytellers increasingly forgotten by the currently generation in Malaysia.

KEY WORD: Storytellers, Awang Batil, Pura Taman, comparison, to make documentation, and emergence and role of the narrators.

About the Author: Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Minden 11800, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus di nombor talifon: +604-6536044 atau di alamat emel: luthfi@usm.my

How to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2015). “Awang Batil dan Pura Taman: Suatu Perbandingan Tradisi Penglipur Lara Melayu dan Orang Asli” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.5(1) June, pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and FPOK UPI Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (May 3, 2015); Revised (May 30, 2015); and Published (June 30, 2015).


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz, Sohaimi. (1998). Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Melalui Kesusasteraan Kanak-kanak. Pulau Pinang: Penerbit USM [Universiti Sains Malaysia].

Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2008). “Pura Taman: Antara Dalang dan Dagang”. Tesis Doktoral Falsafah Tidak Diterbitkan. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2014). Pura Taman: Warisan Penglipur Lara Jakun. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Abrams, M.H. (1972). “Orientation of Critical Theories” dalam David Lodge [ed]. 20th Century Literary Criticism. London: Longman.

Braginsky, V.I. (1998). Yang Indah: Berfaedah dan Amal. Jakarta: Indonesian-Netherlands Cooperation in Islamic Studies, Terjemahan.

Carey, Iskandar. (1976). Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. New York: Oxford University Press.

Derks, Will. (1994). The Feast of Storytelling on Malay Oral Tradition. Jakarta: Penerbit RUL.

Dundes, Alan. (1965). The Study of Folklore. Berkeley: University of California Press.

Dollah, Hanapi et al. (2004). “Cerita Jakun Endau Rompin” dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, ms.162-171.

Ibrahim, Zawawi [ed]. (1996). Kami Bukan Anti Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia.

JHEOA [Jabatan Hal Ehwal Orang Asli] Daerah Rompin. (1996). Biodata Ringkas Perkampungan Orang Asli Daerah Rompin. Pahang: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Rompin.

JHEOA [Jabatan Hal Ehwal Orang Asli] Semenanjung Malaysia. (2003). Data Maklumat Asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Kok On, Low. (2010). “Lambang Semangat Juang dalam Legenda Rentap dan Sejarah Penentangannya terhadap Raja Brooke Di Sarawak” dalam SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28(1), ms.151-175, ISSN 0127-2721.

Kok On, Low & Yok Fee Lee. (2012). “Investigating the Relationship between Kadazandusun Beliefs about Paddy Spirits, Riddling in Harvest-Time, and Paddy-Related Sundait” dalam MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 13, ms.65-93, ISSN 1511-8393.

Koster, G.L. (1997). Roaming Through Seductive Garden. Leiden: KITLV Press.

Laurenson, D. & D. Swingewood. (1972). The Sosiology of Literature. New York: Shocken Books.

Lodge, David [ed]. (1985). 20th Century Literary Criticism. London: Longman.

Maida, Narifumi. (2001). The Orang Hulu: A Report on Malaysian Orang Asli in the 1960’s. Subang Jaya: Centre of Orang Asli Concern.

Maier, H.M.J. (1994). “Duka Cerita yang Bening adalah Suaranya: Suatu Keindahan” dalam Sempana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan Umar Junus.

Maria, K. Elizabeth. (1973). Literary Impressionism. New Heaven: Colledge & University Press.

Mat Noor, Hasan. (1996). Tanah dan Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes di Empat Buah Kampung Orang Asli di Batang Padang, Perak. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

Md Radzi, Shaiful Bahri. (2004). “Pura Taman: Penglipur Lara Terakhir” dalam Dewan Budaya, Isu November, ms.26-28.

Mohd Isa, Mustafa. (1987). Awang Belanga: Penglipur Lara dari Perlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Phillips, Nigel. (1981). Si Jobang: Sung Narrative of West Sumatra. New York: Cambridge University Press.

Sweeney, Amin. (1994). “Professional Malay Story-Telling, Part 1: Some Questions of Style and Presentation”. Tersedia secara online di: http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2280/1/JB1668_PMST.pdf [diakses di Pulau Pinang, Malaysia: 2 Mac 2015].

Tarigan, Henry Guntur. (1985). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Penerbit Angkasa.

Taslim, Noriah. (1993). Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wawancara dengan Batin Jim bin Dagang, di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia, pada tarikh 5 Januari 2014.

Wawancara dengan Pura bin Taman, seorang penglipur lara, di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia, pada tarikh 5 November 2009.

Wawancara dengan Pura bin Taman, seorang penglipur lara, di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia, pada tarikh 5 Januari 2014.

Wawancara dengan Khalid bin Pura, anak kepada Pura Taman, seorang penglipur lara, di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia, pada tarikh 5 Januari 2014.

Wawancara dengan Romli bin Mahmud, seorang penglipur lara yang dikenali sebagai Awang Batil, di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia, pada tarikh 12 Mac 2015.

Wellek, Rene & Austin Warren. (1989). Teori Kesusastraan. Jakarta: PT Gramedia, Terjemahan Melani Budianta.