Usd try interactive live chart try usd chart.

Libat Sama Universiti dan Komuniti: Manfaat Kesusasteraan Lisan di Malaysia

Mohamad Luthfi Abdul Rahman

Abstract


IKHTISAR: Makalah ini bakal membincangkan tentang kepentingan libat sama atau jaringan antara universiti dan komuniti dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia. Objektif makalah ini adalah untuk melihat sejauh mana libat sama ini mampu memberikan impak positif dalam bidang tradisi lisan di Malaysia. Bagi tujuan ini, libat sama yang dimaksudkan bukanlah sekadar program-program kemasyarakatan yang konvensional, seperti gotong-royong, membantu mengecat dewan, motivasi kepada anak-anak desa, dan sebagainya, tetapi ia lebih menjurus kepada perkembangan warisan dan kebudayaan sesuatu komuniti yang dikunjungi. Berasaskan pendapat daripada Alan Dundes (1965) yang menekankan pentingnya sastera lisan dikaji dalam konteks budaya masyarakat itu sendiri; dan juga pandangan sarjana sastera lisan tempatan, iaitu Mohd Taib Osman (1982), yang memaparkan keakraban bidang sastera lisan dengan kaedah kajian di lapangan, menjadikan usaha libat sama ini sangat relevan untuk dilaksanakan. Pelajar yang terlibat dalam program sebegini akan berpeluang mendekati para penggiat kesusasteraan lisan, seperti penglipur lara, pakar-pakar pantun, penyair, ahli gurindam dan seloka, dan sebagainya. Pada masa yang sama, warisan tersebut juga akan terus hidup sekiranya program libat sama universiti dan komuniti itu diadakan secara berkala dan berterusan. Signifikannya, pendekatan sebegini sesuai dengan latar bidang ilmu kemanusiaan dan kesusasteraan yang sentiasa membicarakan persoalan kesenian, pemuliharaan, proses kreatif seseorang insan seni, dan sebagainya.

KATA KUNCI: Libat sama, kesusasteraan lisan, konvensional, pelajar, penggiat seni, pendedahan, perkembangan, objektif, program, dan peruntukkan.

ABSTRACT: This paper entitled “Equal Engagement of the University and Community: The Benefits of Oral Literature in Malaysia”. It will discuss the importance of equal engagement or network between university and community in the context of higher education in Malaysia. The objective of this paper is to see how far this equal engagement is able to give the positive impact in the field of oral tradition in Malaysia. For this purpose, equal engagement is not meant just social programs that are conventional, such as mutual assistance, help to paint the hall, to motivate the village children, and so on, but it is more focused on development and cultural heritage of a community that be visited. Based on the opinion of Alan Dundes (1965) emphasized the importance of oral literature is reviewed in the context of the culture itself; and also the views of local oral literature scholar, Mohd Taib Osman (1982), who explains the closeness of oral literature in the field of research methodology, make the equal engagement is very relevant to be done. Students involved in this program will have the opportunity to reach out to the oral literature’s players, such as storytellers, experts of poem and poets, “gurindam” (rhapsodical type of free verse) couplets, and so on. At the same time, the legacy will continue to live together if the programs of equal engagement between university and community are held regularly and continuously. Significantly, this approach fits with the background of humanities and literature fields that are always talking about the question of the arts, conservation, creative process of an artist, and so on.

KEY WORD: Equal engagement, oral literature, conventional, students, art activists, exposure, development, objectives, programs, and allocation.

About the Author: Mohamad Luthfi Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan pada Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Kampus Induk USM, Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: luthfi@usm.my

How to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2013). “Libat Sama Universiti dan Komuniti: Manfaat Kesusasteraan Lisan di Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) December, pp.161-168. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (October 19, 2013); Revised (November 20, 2013); and Published (December 15, 2013).


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2008). “Pura Taman: Antara Dalang dan Dagang”. Tesis Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor: UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].

“Definisi Libatsama Komuniti” dalam http://www.usm.my/bjim [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 15 Ogos 2013].

Dundes, Alan. (1965). The Study of Folklore. Berkeley: University of California Press.

Kajian lapangan yang dilakukan oleh penulis di Kampung Susup, Raub, Negeri Pahang, Malaysia, pada tarikh 20hb Ogos 2012.

Klarer, Mario (2004). An Introduction to Literary Studies. New York: Routledge.

Mat Piah, Harun. (2003). Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia, dan Negara Brunei Darussalam: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Max, F. & T. Richard. (2010). ”University Community Engagement” dalam D. Steve & B. Sally (2010). A Practical Guide to University and College Management: Beyond Bureaucracy. New York: Routledge.

Sarah, E.D. (2009). “Critiquing Community Engagement” dalam http://www.sagepublications.com [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 15 Ogos 2013].

Steve, G. (2004) “Building a Culture of Improvement through Evaluation in University/ Regional Community Engagement” dalam http://www.Id.swin.edu.au [dilayari di Pulau Pinang, Malaysia: 15 Ogos 2013].

Taib Osman, Mohd. (1982). Manual for Collecting Oral Tradition with Special Reference to South East Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.