Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Satu Transformasi Pendidikan dalam Pembangunan Modal Insan di Malaysia

Ahmad Ali bin Seman, Warti binti Kimi

Abstract


IKHTISAR: Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek, kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik, tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan, dan ko-kurikulum. Dengan PBS (Petaksiran Berasaskan Sekolah), murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran, dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf, dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting, dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.

KATA KUNCI: Pentaksiran berasaskan sekolah, prestasi murid, transformasi pendidikan, pembangunan modal insan, proses pengajaran dan pembelajaran, serta penilaian holistik.

ABSTRACT: “School-Based Assessment: A Transformation of Education in Human Capital Development in Malaysia”. Assessment of education in Malaysia is to gather information about student achievement to develop the full potential of every individual as a human capital that is harmonious and balanced, in line with the National Education Philosophy. More than that, it is hoped to produce students who excel in all aspects, because its assessment is carried out from an early stage and is not limited to academia, but also include personality, sports, and co-curricular activities. With SBA (School-Based Assessment), pupils are assessed fairly and equitably as individuals in a society based on abilities, talents, skills, and potentials without comparing his/her-self with others. The school was able to get a complete response in the form of qualitative and quantitative data that encompasses all aspects of a student's self to enable the party responsible to recognize, understand, appreciate, recognize, and honor students as individuals useful, important, and have potential to contribute to national development and nation-state according to their capabilities and their abilities. The quality assessment will result in accurate information and show the actual situation on the level of student learning.

KEY WORD: School-based assessment, student performance, transforming education, human capital development, teaching and learning process, and holistic assessment.

About the Authors: Ahmad Ali bin Seman, Ph.D. ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Kampus UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Warti binti Kimi ialah Pensyarah IPG (Institut Pendidikan Guru) Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: aliseman87@gmail.com dan kimiwarti@yahoo.co.uk

How to cite this article? Ali bin Seman, Ahmad & Warti binti Kimi. (2014). “Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Satu Transformasi Pendidikan dalam Pembangunan Modal Insan di Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.4(2) December, pp.147-158. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, FKIP UNSUR Cianjur, and FPOK UPI Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (October 15, 2014); Revised (November 27, 2014); and Published (December 27, 2014).


Full Text:

PDF

References


Abdullah Sani, Asrul Hadi. (2010). “Muhyiddin Brushes Aside History Textbook Criticisms” dalam www.malaysiakini.com, 16 Desember [diakses di Kajang, Malaysia: 31 Ogos 2014].

Abdul Rahman, Mohd Nazri et al. (2014). “Transformasi Bentuk Pentaksiran dan Penilaian dalam Buku Teks: Aplikasi Interprative Structural Modelling (ISM)” dalam JUKU: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil.2, Isu 2 [April], ms.16-22. Tersedia [online[ juga dalam http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/6225/Artikel_2_Bil_2_Isu_2.pdf [diakses di Kajang, Malaysia: 31 Ogos 2014].

Adam, Ahmat. (2014). “Pendidikan Sejarah di Malaysia Dewasa ini: Sejauh Manakah ia Relevan kepada Pembinaan Nasion?” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(1) Maret. Bandung: Minda Masagi Press dan UBD [Universiti Brunei Darussalam].

Adimin, Jamil. (2006). “Peperiksaan Lawan Pentaksiran” dalam Pendidik, 21, ms.21-23.

Afifah, Anis. (2012). “Aktiviti Hands-On”. Dimuat-turun dari http://www.scribd.com/doc/93406834/ Aktiviti-Hands-On [diakses di Kajang, Malaysia: 27hb Februari 2014].

Begum, M. & S. Farooqui. (2008). “School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh?” dalam International Education Studies, 1(2), ms.45-53.

“Blog Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia” dalam http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html [dilayari di Kajang, Malaysia: 20hb September 2014].

BPK [Bahagian Pembangunan Kurikulum]. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Empat. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Deria. (2013). “Kaedah Pengajaran”. Dimuat-turun dari http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-pengajaran.html [diakses di Kajang, Malaysia: 17hb September 2014].

Edin, Rosinah. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Haury, David L. & Peter Rillero. (1994). “Perspectives of Hands-on Science Teaching”. Dimuat-turun dari http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/ content/cntareas/science/eric/eric-1.htm [diakses di Kajang, Malaysia: 18hb September 2014].

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan: Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia].

LPM [Lembaga Peperiksaan Malaysia]. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia” dalam http://www.moe.gov.my/) [dilayari di Kajang, Malaysia: 20hb September 2014].

Rohaila, Norasmah & Faridah. (2005). “Strategi Pembelajaran: Pengalaman Berasaskan Model KOLB dalam Pendidikan Perakaunan” dalam Jurnal Pendidikan, Jilid 30, ms.113-128.

Slavin, R.E. (1982). Cooperative Learning: Theory, Research, and Practice. Massachussetts: Simon & Schuster Inc.

Stearns, Peter. (2013). “Why Study History?”. Tersedia [online] juga dalam www.studentsfriend.com [diakses di Kajang, Malaysia: 31 Ogos 2014].

Stiggins, R. (2005). “From Formative Assessment to Assessment for Learning: A Path to Success in Standard-Based Schools” dalam Phi Delta Kappan, 87(4), ms.324-328.

Syed Mustafa, Syed Ismail & Ahmad Subki Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Warfield, J.N. & G.H. Perino. (1999). “The Problematique: Evolution of an Idea” dalam System Research and Behavioral Science, 16(3), ms.221-226.

Zakaria, Effandi. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].