Элитные гос номера

Pendidikan Islam Kursus Perguruan Lepas Ijazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kaedah dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan

Zahiah Haris @ Harith, Mustapha Kamal Ahmad Kassim

Abstract


ABSTRAK: Pendidikan Islam adalah pendidikan yang memberi penekanan kepada tanggungjawab seorang hamba terhadap pencipta alam ini, iaitu Allah SWT (Subhanahu Wa-Ta’ala) dan mematuhi tuntutan terhadap keimanan tersebut dengan melaksanakan segala yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sejajar dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPG KPM) telah menggubal kurikulum Pendidikan Islam untuk setiap kursus perguruan yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Melahirkan insan guru yang berketerampilan dalam semua aspek, iaitu sahsiah, ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional, serta nilai kerohanian yang positif adalah matlamat kurikulum Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Tujuan kurikulum ini untuk melatih bakal guru supaya dapat menjadi model (qudwah hasanah) kepada para pelajar, ibu bapa, keluarga, dan masyarakat; di samping dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah serta berkhidmat untuk pembangunan negara dan bangsa. Justeru itu, kaedah pengajaran bagi setiap bidang dan faktor-faktor yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hendaklah diberi perhatian bagi memastikan kurikulum ini dapat mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.

KATA KUNCI: Pendidikan Islam, kaedah pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, serta Institut Pendidikan Guru Malaysia.

About the Authors: Zahiah Haris @ Harith dan Mustapha Kamal Ahmad Kassim ialah para Pelajar Ijazah Kedoktoran di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Alamat emel mereka adalah: zahiah1970@yahoo.com.my dan musza1968@yahoo.com.my

How to cite this article? Harith, Zahiah Haris @ & Mustapha Kamal Ahmad Kassim. (2011). “Pendidikan Islam Kursus Perguruan Lepas Ijazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kaedah dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.279-294. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (October 17, 2011); Revised (November 17, 2011); and Published (December 15, 2011).


Full Text:

PDF

References


Al-Quran al-Karim. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Abdul Halim El-Muhammady. (1993). “Pendidikan Islam Era 2020: Satu Penghayatan Menyeluruh” dalam Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan Strategi. Selangor: Tekno Edar, ms.14-24.

Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Johor Darul Ta’zim: Penerbit UTM [Universiti Teknologi Malaysia].

Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan: Petua dan Panduan. Sintok, Kedah: Penerbit UUM [Universiti Utara Malaysia].

Ab Halim Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Darul Ta’zim: Penerbit UTM [Universiti Teknologi Malaysia].

Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah, dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bender, Yvonne. (2008). Keberkesanan dalam Pengajaran secara Positif: 35 Strategi Berkesan untuk Penglibatan Pelajar secara Aktif dan Bersemangat di dalam Kelas. Selangor: Wisdom Mind Resources Sdn. Bhd., Terjemahan Prof. Madya Dr. Azarae Hj Idris.

BPI KPM [Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2011). “Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada 23-24 Februari.

Coombs, Bryan. (2009). Mengajar secara Efektif. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Terjemahan oleh Siti Aishah Mohd Elias.

Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Highet, Gilbert. (1964). The Art of Teaching. London: Oxford University Press.

JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]. (2000). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir, cetakan kesebelas.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam: Pengajian Asas Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2006). Panduan Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2008). Nota dan Latihan Persediaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kompetensi Fungsi (Khusus). Selangor: PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1980). Konsep Pendidikan dalam Islam. Bandung, Indonesia: Penerbit Mizan.

Turner-Bisset, Rosie. (2009). Pengajaran Pakar. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Terjemahan Mohd Fauzi Yaacob.

Zawawi Hj Ahmad. (1994). “Pendidikan Islam: Ditinjau daripada Sudut Prinsip, Konsep, dan Matlamatnya” dalam Pendidikan Islam: Peranannya dalam Pembangunan Ummah. Selangor: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, ms.13-60.