Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad, Chew Fong Peng

Abstract


ABSTRAK: Perkembangan ke arah penyamarataan hak dan peluang Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat di Malaysia boleh dikatakan bergerak agak pesat. Walau bagaimanapun, ianya masih belum mencukupi untuk membela nasib golongan OKU di Malaysia. Masih ramai lagi di kalangan mereka yang tidak mendapat peluang, sama ada pekerjaan mahupun pendidikan, yang sama seperti golongan normal yang lain. Masalah akses kepada perkhidmatan dan kemudahan awam masih lagi membelenggu golongan ini yang seterusnya membataskan pergerakan dan menghalang integrasi mereka ke dalam masyarakat. Dalam pada itu, perkembangan kaunseling kerjaya yang berlaku menunjukkan betapa perlunya perkhidmatan ini dan ianya memberi manfaat, terutama untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang. Walaupun dari segi teori kaunseling kerjaya, OKU adalah sama dengan orang biasa, namun dari segi praktiknya mereka berlainan. Perkhidmatan kaunseling kerjaya untuk OKU bukan sesuatu yang mudah, kerana melibatkan kepelbagaian kategori OKU yang mempunyai keperluan dan limitasi yang berbeza. Kejayaan kaunselor dalam menjalankan kaunseling kerjaya untuk OKU adalah bergantung kepada peranan, kecekapan, dan sikap kaunselor itu sendiri. Kaunselor yang berpengetahuan tentang OKU, selesa dengan OKU dan menerima tanpa syarat, bersedia menjadi terbuka dan ikhlas, serta seorang yang kreatif dan proaktif akan menjadikan proses kaunseling kerjaya untuk OKU lebih berjaya.

KATA KUNCI: Kaunseling, kaunseling kerjaya, orang kurang upaya (OKU), dan perkembangan kerjaya.

About the Authors: Dr. Lau Poh Li, Dr. Ahmad Shamsuri Muhamad, dan Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, mereka boleh dihubungi dengan alamat emel: fpchew@um.edu.my

How to cite this article? Li, Lau Poh, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng. (2011). “Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.233-246. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (October 7, 2011); Revised (November 15, 2011); and Published (December 15, 2011).


Full Text:

PDF

References


Aminah Ishak. (1990). “Maklumat Pekerjaan dan Masalah Penempatan di Kalangan Pelajar Cacat Penglihatan di Peringkat Sekolah Menengah Atas”. Disertasi Sarjana Pendidikan Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: UM [Universiti Malaya].

Brown, Duane & David J. Srebalus. (1996). Introduction to the Counseling Profesion. Boston, USA: Allyn and Bacon, edisi ke-2.

Heward, W.L. (2000). Exceptional Children: An Introduction to Special Education. Upper Saddle River, NJ: Merrill.

Jiti Taheing. (1996). “Komuniti Cacat Penglihatan dan Masalah Mendapatkan Pekerjaan: Satu Kajian Kes di Bandaraya Kuala Lumpur”. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: UM [Universiti Malaya].

JKMM [Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia]. (2008). Profail Statistic 2008. Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Kosciulek, J.F. (2003). “Empowering People with Disabilities through Career Counseling” in N.C. Gysbers, M.J. Heppner & J.A. Johnston [eds]. Career Counseling: Process, Issues, and Techniques. Boston: Allyn & Bacon, edisi ke-2, ms.139-153.

Leahy, M.J. & E.M. Szymanski. (1993). “Knowledge Importance in Rehabilitation Counseling” dalam Rehabilitation Counseling Bulletin, 37(2), ms.130-145.

Mohd Hafiz Abd Rahman. (2009). “The Study of Development Programs for the Disabled Community in Malaysia: The Opportunities and Problems in Education and Employment”. Disertasi Sarjana Ekonomi Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: UM [Universiti Malaya].

Roth, R.M., D.B. Hershenson & T. Hilliard [eds]. (1970). The Psychology of Vocational Development: Readings in Theory and Research. Boston: Allyn and Bacon.

WHO [World Health Organization]. (1992). Prevention of Childhood Blindness. Geneva: World Health Organization.

Zinaidah Arifin. (2006). Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur: PTS Professional.