Portfolio stock price notifications.

Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia

Baharom Mohamad

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru Sekolah Pendidikan Khas. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai (Johor), dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Johor). Sampel kajian ini melibatkan 55 orang guru, 117 pelajar, dan borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dalam kaedah tinjauan ini. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min, peratusan, dan sisihan piawai. Keputusan menunjukkan bahawa guru menerima dan menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran; manakala pelajar adalah sebaliknya. Melalui ujian ANOVA, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar di setiap sekolah berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan komputer dalam proses pembelajaran. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan penerimaan dan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia. Antaranya ialah guru sepatutnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat mempelbagaikan teknik pengajaran.

KATA KUNCI: Teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan vokasional, guru dan murid, serta penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

About the Author: Baharom Mohamad ialah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: baharom@ums.edu.my

How to cite this article? Mohamad, Baharom. (2011). “Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Juni, pp.41-58. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.

Chronicle of the article: Accepted (April 30, 2011); Revised (May 30, 2011); and Published (June 5, 2011).


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad & Kamaliah Ahmad. (2005). “Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran Komputer untuk Pelajar Berkeperluan Khas”. Prosiding ICT Education. Putra Jaya, Malaysia: Universiti Multimedia.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Effandi Zakaria. (2004). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Pahang, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hawa Rahmat, Rohaida Mashudi & Noor Watee Rahman (2005). “Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui ICT di Peringkat Universiti”. Dapatan Penyelidikan Tidak Diterbitkan. Putra Jaya, Malaysia: Pusat Pengajian Teras dan Pendidikan Lanjutan (FoSEE), Universiti Multimedia.

Mahat Ibrahim. (1996). “Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat, Johor: Satu Kajian”. Tesis Sarjana Teknologi Pendidikan Tidak Diterbitkan. Johor: UTM [Universiti Teknologi Malaysia].

Mohd Arif Hj Ismail & Norsiati Razali @ Mohd Ghazali. (2003). “Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Mata Pelajaran Kimia SPM” dalam Jurnal Pendidikan UKM, Jil.3, Bil.1 [April]. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], ms.7-11.

Plamen, Miltenoff & Judith Rodgers. (2003). “Teaching with Technology : Multimedia and Interactivity in Social Science Education” dalam ProQuest Education Journals, 10(2), pp.34.

Tan Ai Goh. (1998). “Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Convent Kajang” dalam Jurnal Pendidikan Tiga, 1(2), pp.1-5.

Zoraini Wati Abas. (1995). “Going Global on the Internet: What’s in it for the Educator”. Proceeding on the Educomp 94 Vision for Teaching and Learning. Kuala Lumpur: Malaysian Council for Computer in Education 2.